Itu gambaran sebenar bagaimana warga luar bandar tidak pernah diabaikan oleh Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Malah perkara itu menjadi keutamaan agensi dan jabatan kementerian berkenaan yang berganding bahu memanfaatkan kepakaran dan teknologi mereka menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seperti yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Agensi Remote Sensing Malaysia (Remote Sensing), Azlikamil Napiah penggunaan teknologi satelit menerusi remote sensing atau penderiaan jauh serta Sistem Maklumat Geografi (GIS) membolehkan data daripada satelit digunakan untuk memetakan permukaan bumi untuk pelbagai kegunaan termasuklah antaranya pengurusan sumber bumi.

Beliau berkata, pihaknya akan mendengar laporan daripada media dan permintaan yang diterima dan akan memintan bantuan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagaimana menentukan kawasan tersebut sama ada kawasan tersebut jenis batuan keras.

“Kawasan lembah kita kaya dengan air sama ada air lembah, air permukaan dan air bawah tanah.

“Tetapi kualiti air kita belum dapat tentukan,’’ ujarnya.

Kata beliau, agensi kerajaan kini berganding bahu membawa teknologi kepada masyarakat, sekali gus meringan beban kerajaan dengan mengurangkan kos.

Meskipun usaha tersebut mengurangkan kos kerajaan mencari air bawah tanah kerana berjaya menentukan dengan tepat lokasi yang perlu dikorek, pihaknya masih menggunakan khidmat Jabatan Kimia bagi menguji atau menganalisis kualiti ari yang dikeluarkan.

Setakat ini , banyak pihak mahu pihaknya tampil membantu menentukan lokasi air bawah tanah untuk kegunaan termasuk beberapa daerah di Sabah.

Sementara itu, menurut Ketua Bahagian Sains Gunaan dan Alam Sekitar Jabatan Kimia, Som Chai a/l Choi pihaknya mengambil sampel air untuk dianalisis setiap dua minggu sekali berdasarkan proses Kawalan Mutu Air Minum.

“Analis ini penting bagi memastikan air tersebut selamat diminum iaitu sebelum masuk ke loji rawatan,’’ ujarnya.

Analisis tersebut melibatkan ujian kandungan terhadap raksa, arsenik, ferum, plumbum dan kuprum yang tinggi.

Sampel air yang diuji sama ada permintaan oksigen biologi (BOD) dan permintaan oksigen kimia tinggi atau sebaliknya. Jika BOD tinggi menunjukkan bahawa pencemar bahan organik tinggi.

Begitu juga jika COD tinggi menunjukkan penemuan bahan organik dan bahan kimia tinggi.

Dalam pada itu menurut Azlikamil, program tersebut merupakan sebahagan daripada program pemindahan teknologi (TOT) bagi menyahut dasar MOSTI untuk faedah kumpulan sasar.

“Kami di Agensi Remote Sensing mempunyai kepakaran dan kini kita menuju kepada matlamat mencapai 100 peratus teknologi ini dimanfaatkan bagi membantu mengurus sumber negara,’’ ujarnya.

Malah kata beliau, pihaknya mempunyai banyak teknologi untuk dikongsikan dengan kumpulan sara dengan sebahagiuan besarnya menggunakan pendekatan NBOS.

Kaedah itu juga sejajar dengan matlmat Transformasi Nasional (TN50) supaya pembangunan negara diterajui golongan muda.

“Ini baharu 40 peratus daripada kira-kira 50 teknologi dan aplikasi yang kita ada. Dunia hari ini banyak menggunakan maklumat dan yang diperlukan adalah yang berintegriti cepat dan tepat, serta kos munasabah.

“Sebab itu apabila Agensi Remote Sensing ditubuhkan, ia menandakan kita semakin bergerak ke arah negara maju dengan penggunaan teknologi angkasa, “jelasnya.

Namun katanya, tidak ada pihak boleh bergerak sendiri sebaliknya perkongsian maklumat, teknologi dan kepakaran bagi memastikan usaha oleh agensi kerajaan pada tahap optimum berimpak tinggi tetapi kosnya rendah.

Agensi tersebut kata beliau ditubuhkan pada 2004 membangunkan sistem pangkalan data dan maklumat yang cepat, tepat, berintegriti dan berkesan.

“Daripada pangkalan data ini, ia boleh dipakai untuk pelbagai aplikasi dan kita perkenal serta mengajak agensi lain memanfaatkannya. Data yang ada sentiasa dikemas kini dan dinamik untuk kegunaan pelbagai aplikasi,’’ ujarnya.