Justeru ,sepatutnya kita perlu membangunkan industri tanaman ini kerana potensi serta pasrannya besar menerusi usaha penyelidikan.

Usaha penbangunan teknologi biak baka kelapa sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas di Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hilir Perak yang berperanan sebagai Stesen Utama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Bagi Tanaman Kelapa.

Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI, Ahmad Ngalim pusat tersebut berperanan menjalankan penyelidikan dalam bidang biak baka, agronomi, fisilogi, pengawalan musuh dan penyakit serta teknologi lepas tuai tanaman kelapa, menjalankan aktiviti pemindahan serta pengkomersialan teknologi tanaman kelapa dan industri berkaitan.

Selain itu, pusat berkenaan juga mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan tanaman kelapa, selain penyelidikan huluan tanaman herba dan lain-lain tanaman industri.

Sebagai bukti pusat tersebut yang terus menjalankan penyelidikan mengenai kelapa dengan kawasan penanaman bagi kelapa hibrid lama 17 hektar (ha), kelapa hibrid baharu (8.3 ha), janaplasma lama (34.5 ha), janaplasma baharu (9.5 ha) dan benih Matag (2.5 ha).

Kata beliau setakat ini enam varieti yang dihasilkan tetapi belum diisytiharkan adalah MyLag, Marena, MyLeca, Marleca, Careni dan Careca yang masih dalam peringkat kajian akhir tetapi menunjukkan ciri ciri yang baik.

Sebagai contoh varieti MyLag, Marena dan Careca antara yang menunjukkan hasil tinggi .

“Kita menjangka dapat menjual anak benih varieti ini pada 2018,’’ ujarnya sambil memberitahu banyak proses perlu dilalui sebelum perisytiharan nama rasmi varieti berkenaan.