Zailan Shahbudin
Ir. Shahruny Mohd. Aki

Konsultan Axis Technology, Ir.Shahruny Mohd Akil berkata, konsep peralatan teknologi itu mengaplikasikan kitaran bilah kipas yang mampu menghasilkan diod pemancar cahaya (LED) dan seterusnya membentuk objek 3D hologram dalam pelbagai bentuk.

Sama seperti kipas, ada bilah yang berpusing pada kelajuan tertentu dan lampu LED yang terdapat pada bilah tersebut akan menyala dalam pelbagai warna dan membentuk objek mengikut program yang terdapat di dalam mikro prosesor.

Ia dijanakuasa menggunakan teknologi gelombang elektromagnetik dan kandungannya bergantung kepada pembekal kandungan yang mampu memuatkan data sehingga 4 GB RAM. Malah, hanya menggunakan WiFi yang dihubungkan melalui telefon pintar, alatan itu sudah boleh dikawal.

Produk ini juga mendapat perhatian daripada pengiklan yang banyak menggunakan elemen 3D hologram bagi menghasilkan objek yang mampu memukau daya rasa, daya ingatan serta daya fikir orang ramai. Hatta, begitu banyak syarikat pengiklan menggunakan teknologi sedemikian dalam menghasilkan iklan bermutu tinggi.

Kami juga mendapat respon positif daripada pengunjung bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa juga yang terpegun melihat keunikan yang seolah-olah membuatkan rasa ingin menyentuh objek berkenaan sewaktu di pameran yang kita sertai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,"katanya ketika ditemubual Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Ir. Shahruny Mohd. Aki
Zailan Shahbudin

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Axis Technology, Zailan Shahbudin.

Malah, kata Shahruny, alatan itu juga selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada pengguna. Ia dihasilkan melalui paparan 3D hologram yang selamat, mudah dibawa, mempunyai ketahanan sehingga tiga tahun dan boleh beroperasi selama 24 jam.

Alat ini baru sahaja tiba dari United Kingdom (UK) dan syarikat pembekal adalah yang paling teratas dalam bidang 3D hologram dan sentiasa melabur dana yang besar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)," jelasnya.

Produk 3D hologram ini akan dipamerkan secara besar-besaran di Festival Lampu 2017 di Putrajaya pada 28 hingga 31 Disember ini.-UTUSAN ONLINE