Dalam subjek matematik, konsep ini dikenali sebagai implikasi, dalam bentuk “jika p maka q” iaitu penyataan p menunjukkan antekejadian (hipotesis) dan penyataan q menunjukkan akibat. Secara ringkasnya, “jika siang maka terang”.

Kondisi syarat digunakan untuk membantu sesebuah atur cara membuat keputusan atau pilihan. Sebagai contoh, jika siang maka papar selamat siang, sebaliknya papar selamat malam. Pemilihan dalam penggunaan if..else atau switch adalah mudah.

Jika hanya terdapat satu pilihan, maka if akan digunakan. Jika terdapat dua pilihan, maka if..else akan digunakan. Jika terdapat tiga pilihan, if..elseif..else akan diguna. Jika jumlah pilihan terlalu besar, barulah switch digunakan.

Penguasaan kondisi syarat adalah penting dalam menentukan saiz kod atur cara yang akan digunakan dalam sesebuah fail atur cara. Lebih banyak atau panjang kod atur cara yang ditulis, semakin berat dan besarlah aplikasi yang terhasil. Oleh itu, pengatur cara biasanya amat berhati-hati dalam memilih kod atur cara yang ingin diguna.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Langkah 1: Layari laman sesawang http:// phpfiddle.org dan klik butang Code- Space Langkah 2: Masukk

LANGKAH 3

Semakan

Dalam blok kondisi if, kita telah memanggil fungsi date( ) bagi memenuhi syarat mencetak ucapan salam. Jika jam (H) kurang daripada 10, maka cetak have a good morning. Jika jam lebih besar dari 10 tetapi lebih kecil dari 20, maka cetak have a good day. Jika jam tidak memenuhi kedua-dua syarat, maka cetak have a good night.

Dalam blok kondisi switch pula, pemboleh ubah favcolor diguna untuk memenuhi syarat mencetak ayat. Jika nilai yang diterima ialah red, maka cetak your favorite colour is red. Menerusi contoh ini, terdapat empat nilai yang dijangka iaitu red, blue, green atau default.

Dalam kondisi switch, default merupakan nilai yang diguna jika tiada sebarang nilai memenuhi syarat yang ditetapkan. Ia boleh diberi nilai universal seperti carian anda tidak memulangkan sebarang hasil.

Jika dibandingkan daripada kedua-dua blok atur cara kondisi if dan switch, adalah lebih baik jika switch dipilih untuk menerima syarat yang pelbagai. Jika if dipilih, jumlah sintaks yang ditulis menjadi lebih banyak dan menyebabkan keseluruhan atur cara lebih besar dan lebih berat. Atur cara yang berat pastinya menggunakan pemprosesan dan bateri yang lebih banyak.