List (senarai) merupakan elemen paling popular dalam mana-mana laman web atau aplikasi mudah alih. List biasanya digunakan untuk memapar senarai maklumat tertentu, dan boleh digabungkan dengan elemen HTML yang lain bagi menghasilkan paparan yang lebih menarik dan canggih.

Setiap List dihasilkan menggunakan dua elemen iaitu unordered-list <ul> atau ordered-list <ol> dan just list <li>. Unordered-list akan memaparkan senarai data dengan penanda bullet, manakala ordered-list pula memaparkan data dengan penanda bernombor.

Pilihan List yang pelbagai melalui kerangka Ionic sangat membantu dalam proses pembinaan aplikasi mudah alih yang hebat.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Menerusi latihan tadi, kita telah melihat sendiri, betapa mudahnya membina aplikasi mudah alih berasaskan web menggunakan kerangka Ionic. Anda tidak perlu fikir tentang kod asas HTML, CSS mahupun JavaScript. Kebanyakannya telah disediakan untuk anda.

Apa yang penting, hanyalah memasukkan kod atur cara yang berkaitan dengan proses bagaimana pengguna akan berinteraksi dengan aplikasi anda dan sebaliknya.

Sebagai contoh, untuk memaparkan senarai, anda hanya perlu menyatakan elemen <div> yang akan digunakan nanti, dengan kelas bernama list.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah suai kod atur cara supaya senarai dipaparkan tanpa pembahagi atau ikon.

2. Ubah suai kod atur cara supaya senarai dipaparkan dengan ikon yang lebih menarik.

3. Ubah suai kod atur cara supaya senarai dipaparkan dengan imej.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!