Elemen ListView (senarai) disediakan dalam kerangka Android bagi membolehkan data dipaparkan dalam bentuk senarai yang boleh ditatal (scroll) ke atas dan ke bawah. Maklumat yang digandingkan dengan ListView akan dimasukkan secara automatik ke dalam senarai menggunakan elemen adapter.

Elemen adapter tadi bertindak menarik data dari array atau pangkalan data lalu diubah menjadi objek sebelum dimasukkan ke dalam senarai tadi. Terdapat ratusan reka bentuk senarai yang boleh dipilih oleh pembangun, sesuai dengan reka bentuk antaramuka aplikasi yang ingin dibina.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Di dalam projek tadi, kita telah diperkenal dengan elemen baru ListView yang memaparkan data daripada array berbentuk String. Selain array tempatan, ListView juga boleh memanggil data dari fail luar, pangkalan data serta Internet.

Menggunakan fungsi onItemClick(), data di dalam senarai yang disentuh oleh pengguna akan dipaparkan dengan lebih jelas melalui elemen TextView.

Fungsi ini bertindak memberitahu pembangun bahawa elemen ListView mampu menjalankan pelbagai fungsi lain dan bukan memaparkan data sahaja.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah saiz paparan TextView supaya lebih kecil

2. Ubah warna paparan TextView dari hitam kepada biru

3. Nyatakan tugas AdapterView

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!