Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selesaikan isu pencemaran plastik

R n R Dr Ahmad Ismail  plastik 4
R n R Dr Ahmad Ismail plastik

Pencemaran plastik di laut sudah lama dilaporkan dalam media, jurnal saintifik, perbincangan antara badan bukan kerajaan (NGO) dan antara kerajaan di dunia.

Namun begitu kita belum mempunyai data yang lengkap tentang plastik yang memasuki ekosistem laut dan jaminan pengurusan sisa plastik terbaik daripada semua pihak.

Kes-kes pencemaran terutama kesan plastik kepada haiwan sensitif seperti ikan paus, ikan lumba-lumba, penyu dan burung-burung laut masih terus dilaporkan dan mendapat perhatian banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa dan tempatan serta ahli sains.

Mungkin menerusi kajian bersepadu tentang sisa pepejal, taraf ekonomi rakyat, kepadatan penduduk, taraf pendidikan dan kualiti pengurusan sisa pepejal setiap negera boleh menganggarkan pencemaran plastik sebenar di lautan.

Pada tahun 2010, laporan The Journal of Science 2015 tentang hasil kajian ke atas 192 negara yang bersempadan dengan laut mendapati 275 juta tan plastik dihasilkan dengan 99.5 tan sisa plastik mencemari pantai, 31.9 juta tan sisa plastik tidak diuruskan dengan baik dan dianggarkan 4.8 hingga 12.7 juta tan memasuki ekosistem laut.

Ini merupakan jumlah yang besar dan dengan pertambahan pengeluaran, penggunaan plastik serta pengurusan sisa plastik yang kurang mantap, jumlah plastik masuk ke laut menjadi ancaman yang besar kepada hidupan laut dan manusia.

Jika tanpa pengurusan sisa pepejal yang baik, adalah dijangka pencemaran laut oleh plastik akan meningkat menjelang 2025. Laporan itu juga menunjukkan negara Asia adalah antara yang terbanyak menyumbang kepada pencemaran plastik ke lautan walaupun negara Amerika juga merupakan penyumbang yang utama.

Sisa plastik yang dibuang ke laut akan meningkatkan perhatian ahli sains dari segi kerosakan ekosistem laut, keracunan ke atas haiwan laut, pencemaran bekalan makanan dan hakisan bahan kimia dalam plastik. Plastik dijangka bertahan dalam ekosistem selama 100 tahun.

Penggunaan plastik akan terus meningkat dengan pertambahan penduduk, peningkatan penggunaan, gaya hidup dan teknologi.

Berdasarkan kepada penyelidikan, banyak laporan tentang pereputan bahan yang terdiri daripada plastik di tapak pelupusan sampah. Misalnya botol plastik antara antara 70 hingga 450 tahun dan beg plastik antara 500 hingga 1,000 tahun bergantung kepada bahannya. Tempoh ini sangat lama dan boleh mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar amnya.

Kajian yang dilaporkan dalam The Journal PLoS ONE 2014, paling kurang 5.25 trilion partikel plastik terapung di lautan dengan berat lebih kurang 268,940 tan. Tambahan lagi menerusi jaringan antarabangsa International Pellet Watch yang berpusat di Tokyo, Jepun bagi memantau persistent organin pollutants (POPs) atau bahan pencemar berterusan seperti Polybrominated Diphenyl Ethers (PBDEs), Polychlorinated Biphenyls (PCBs) dan Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT) menunjukkan bahan kimia berbahaya diserap dan disebarkan melalui plastik.

Pelet plastik boleh dijumpai di pantai di seluruh dunia. Ia mudah dikutip di garisan air pasang pantai berpasir atau bersama bahan-bahan seperti kayu atau cangkerang. Pelet plastik yang mudah dijumpai di pantai digunakan sebagai agen pemantauan. Pemantauan bahan kimia seperti PBDEs adalah sebatian kimia yang dicampur dalam plastik bagi menghalang daripada mudah terbakar. Bahan ini mudah terlepas ke dalam alam sekitar dan berbahaya kepada kesihatan seperti boleh menyebabkan kanser, kesan kepada perkembangan bayi dan keimunan.

Maklumat ini sangatlah mengancam hidupan liar dan manusia sekiranya terdedah kepada pencemaran plastik.

Di Malaysia juga tidak dapat lari daripada pelet plastik di kawasan pantai. Pencemaran pelet plastik di Pantai Bagan Lalang, Selangor misalnya sudah pun dilaporkan oleh kajian yang diterbitkan dalam Malaysian Applied Biology Journal 2009.

Selat Melaka yang merupakan laluan utama dunia untuk kapal sudah tentu mengangkut bahan plastik ini dan pelet ini juga didapati di pantai yang berhampiran dengan kilang plastik. Pelet plastik dilaporkan mempunyai bahan kimia berbahaya seperti PCBs, DDT dan PBDEs. Butiran plastik atau pelet plastik ini boleh tersalah makan oleh burung di kawasan pasang surut pantai atau ikan-ikan semasa plastik ini terapung di air laut. Haiwan boleh keliru antara plastik dan makanan semula jadi mereka.

Bagi kebanyakan negara Asia yang membangun dengan cepat demi status ekonomi rakyat, persaingan antarabangsa dan tidak mempunyai pengurusan plastik yang baik telah menyebabkan pencemaran bahan plastik di laut yang mengancam hidupan laut termasuk manusia.

Lebih daripada 690 spesies hidupan laut terdedah kepada pencemaran plastik. Penyu adalah yang selalu dilaporkan tersalah makan plastik yang disangkanya obur-obor. Obor-obor adalah makanan utama kebanyakan penyu. Lebih kurang 17 peratus daripada spesies haiwan laut yang tertelan plastik atau terjerat dalam kekusutan plastik adalah termasuk dalam senarai data merah spesies terancam Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN).

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain