Pengarah Perniagaan Perusahaan, Bahagian Teknologi Maklumat (IT), Samsung Malaysia Electronics, Wong Man Ngee berkata, CFG70 yang juga merupakan paparan melengkung pertama Samsung mampu memberi pengalaman visual yang nyata berbeza dengan paparan lain.

“Pelancaran paparan yang dilengkapi dengan teknologi terbaik ini juga menandakan bermulanya perjalanan Samsung dalam arena permainan video digital tanah air,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran paparan permainan model CFG70 Quantum Dot di sini hari ini.

Paparan CFG70 hadir dengan dua varian iaitu 24 inci pada harga RM1,699 dan 27 inci pada harga RM2,099.

100 pelanggan terawal membeli paparan CFG70 secara dalam talian melalui laman sesawang Lazada juga berpeluang memenangi barangan percuma bernilai sehingga RM264 selama seminggu bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE