Robot yang beroperasi secara automatik itu berbentuk segi empat, dengan kelebaran seperti sebuah kenderaan utiliti sukan (suv) saiz sederhana.

Pengunjung hanya perlu meninggalkan kereta di dalam garaj khas sebelum sebelum dipindahkan oleh robot-robot berkenaan ke kawasan yang disediakan.

Sistem akan memeriksa tarikh dan waktu ketibaan yang direkodkan dan mengarahkan robot-robot tersebut memindahkan semula kereta ke garaj khas sebelum diambil pemiliknya.

Pada peringkat awal, sebanyak 500 ruang letak kereta dioperasikan Stanley Robotics dibina. Syarikat itu mensasarkan 6,000 (parkir) di lapangan tersebut pada masa akan datang.-AGENSI