Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raikan Tahun Baharu Cina bersama Galaxy A

Samsung Galaxy A7 (2016) ditawarkan dalam warna hitam, emas, putih 3
Samsung Galaxy A7 (2016) ditawarkan dalam warna hitam, emas, putih dan merah jambu keemasan

Samsung baru-baru ini melancar dua model Galaxy A 2017, Galaxy A5 dan Galaxy A7 yang baharu dan sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini mereka turut menawarkan sesuatu untuk peminatnya.

Tujuh sebab untuk mereka memiliki barisan Galaxy A sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini iaitu pertama, raikan perayaan tanpa henti tidak mengira hujan mahupun panas terik.

Hari ini keadaan cuaca sering kali sukar diduga, jika anda terperangkap dalam hujan anda tidak lagi perlu risaukan tentang gajet anda.

Ini kerana barisan Samsung Galaxy A akan tetap dapat berfungsi dengan baik.

Bagaimana, siri Galaxy A ini merupakan gajet kalis air dan habuk dan anda tidak lagi perlu runsing untuk berjalan-jalan ke rumah saudara-mara pada musim perayaan ini.

Seterusnya, tiada televisyen tidak mengapa. Bersama siri Galaxy A anda tidak lagi perlu bergaduh atau berebut-rebut untuk menonton siaran kegemaran anda.

Bersama skrin paparan Full HD Super AMOLED kedua-dua gajet tersebut menawarkan paparan yang terang dan jelas untuk memastikan video mahupun siaran televisyen dalam talian dapat ditonton dengan tenang.

Ketiga, rakam kenangan bersama keluarga ketiga makan malam ketika berkumpul bersama ahli keluarga.

Rakam sebanyak mana imej swafoto bersama ahli keluarga yang sudah lama tidak bertemu. Bersama 16 penapis imej yang boleh dipilih, pastinya ruang Instagram anda bakal dipenuhi saat-saat indah indah pada musim perayaan ini.

Dilengkapi bersama 16 megapiksel (MP) untuk kamera belakang serta lensa f1.9 serta lampu denyar yang terang sekali gus membantu anda merakamkan imej yang terbaik.

Tiada tunai, tiada kebimbangan, bawa sahaja saudara-mara anda yang terdekat ke pusat beli-belah terdekat dan belanja mereka makan menerusi Samsung Pay.

Kaedah pembayaran yang lebih mudah dengan hanya melayangkan peranti Galaxy A, pilih jenis kad yang hendak digunakan, masukkan nombor pin anda dan sentuh sahaja pada mesin pembayaran di kaunter. Siri Galaxy A merupakan antara gajet bersama reka bentuk yang bergaya namun masih lagi dalam katogeri mampu milik. Hanya setebal 7.9 milimeter (mm) bersama pilihan warna yang ideal seperti Emas Pasir (Gold Sand) dan Hitam Langit (Black Sky) gajet ini merupakan teman terbaik buat anda.

Melawat saudara-mara serta sahabat handai ketika musim perayaan ini pasti membuatkan anda sibuk dan tidak berkesempatan mengecas semula gajet pintar dengan pantas.

Biarpun memiliki bank kuasa, Galaxy A tetap dilengkapkan bersama bateri 3,600mAh untuk Galaxy A7 dan 3,000mAh untuk Galaxy A5 agar nda tidak terlepas untuk merakam saat-sat indah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terakhir, apabila segala kelebihan berada pada tahap yang terbaik, ruang simpanan data terhad pastinya mengecewakan anda.

Oleh demikian siri Galaxy A tersebut didatangkan bersama ruang penyimpanan yang lebih luas dan tinggi.

Bagi siri tersebut, ruang memorinya mampu ditingkatkan sehingga 256 gigabit (GB) untuk memenuhi keperluan menyimpan imej yang begitu banyak pada musim perayaan ini.

Kedua-dua model itu kini boleh ditempah mulai sekarang dengan harga RM1,699 untuk Galaxy A5 dan Galaxy A7 (RM1,899). Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Samsung Mobile Malaysia.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain