Jika anda pernah memiliki telefon bimbit Nokia sekitar tahun 1990-an, anda pasti kenal dengan permainan ini. Kaedah permainannya mudah, hanya gerakkan ular anda ke arah epal dan cuba elak daripada terlanggar dinding.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

Semakan

Dalam blok atur cara permainan Snake, kita telah menetapkan agar Sprite ini menjadi semakin panjang setiap kali ia bersentuh dengan Sprite Food. Di samping itu, kita juga menetapkan agar permainan dihentikan dan Sprite2 dipaparkan apabila Snake terlanggar dinding.

Dalam blok atur cara Food pula, Sprite yang bersentuhan dengan Snake akan dipadam dan akan dijana semula di lokasi baharu secara rawak.