Sebagai tanda hormat kepada pembaca yang mengikuti ruangan ini sejak awal, kami akan memberikan latihan untuk menghasilkan latar permainan pagar sesat automatik yang sentiasa berbeza setiap kali dimainkan.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

LATIHAN

SEMAKAN

Dalam kod atur cara tadi, kita telah menggunakan syarat if dalam gelung bagi menghasilkan dinding dan laluan pagar sesat rambang secara automatik. Pagar sesat seperti Rajah 6 tadi hanya mampu dihasilkan dengan pemboleh ubah PathEnd, direction, xpos dan ypos.

SOALAN

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Ubah warna dinding pagar sesat
2. Ubah latar belakang pagar sesat
3. Besarkan saiz dinding pagar sesat

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!