Daripada jumlah itu sejumlah 13,288,797 merupakan kenderaan jenis kereta dan 12,933,042 motosikal persendirian. Ini kemudiannya diikuti 185,035 buah kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang termasuklah antaranya bas, teksi serta kereta sewa swasta, manakala sejumlah 1,205,744 kenderaan barang dan 568,585 kenderaan jenis lain-lain.

Jumlah tersebut menunjukkan perlunya satu sistem baharu dalam pembaharuan lesen dan insurans. Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bergerak dengan pantas yang menghubungkan dunia tanpa wayar berjaya mengubah kehidupan secara total.

Siapa sangka jika sebelum ini untuk membeli insurans motor, seseorang perlu beratur panjang atau memerlukan perkhidmatan ejen, namun kini pengguna mempunyai alternatif untuk membeli insurans secara dalam talian melalui aplikasi GetCover.

Melalui cara ini, pengguna tidak lagi perlu berhadapan ejen yang tidak cekap dan membayar perkhidmatan tersebut kerana melalui GetCover, anda boleh lakukanya sendiri.

Semasa majlis pelancaran Aplikasi GetCover baru-baru, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, aplikasi tersebut bakal menarik lebih 16,000 peluang pekerjaan secara sambilan, sekali gus membantu meningkatan ekonomi negara.

“Kerajaan menunjukkan minat yang mendalam dalam membangunkan industri ini melalui peruntukan geran bawah pelbagai agensi termasuk Program Pelaburan Cradle 500 (CIP 500) serta Dana Permulaan dan Perkembangan Perniagaan.

“Kami berharap lebih banyak kerjasama dibentuk bagi membina serta menggalakkan pembangunan secara inovatif,” katanya ketika majlis perasmian tersebut.

Tambahnya, aplikasi tersebut juga menawarkan perkhidmatan pembelian insurans kenderaan menerusi telefon pintar dari beberapa syarikat insurans sedia ada.

“Melalui inovasi, GetCover mampu menyediakan perkhidmatan kewangan secara mudah dan selamat,” ujarnya.

GetCover Sdn Bhd. yang merupakan sebuah syarikat pembekal aplikasi telefon pintar dan platform teknologi maklumat (IT) yang dianugerahkan status MSC pada 2016.

Dalam perkembangan sama, dengan sokongan kerajaan dan syarikat insurans, Getcover akan membantu membentuk semula pertumbuhan landskap kewangan menerusi kemajuan teknologi untuk manfaat pengguna.

“Memandangkan perhatian pemimpin tertumpu ke arah pembangunan inovasi aplikasi, GetCover akan memastikan semua urus niaga dibuat melalui sistem yang dipercayai dan selamat. GetCover kini boleh dimuat turun di Android dan iOS seluruh negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GetCover Sdn. Bhd., Paul Khoo memberitahu, aplikasi ini membolehkan pengguna membeli insurans kenderaan daripada rakan insurans secara mudah dan di mana jua.

“GetCover menyasarkan untuk membawa perubahan dalam inovasi sesuatu produk, perkhidmatan dan saluran penyampaian dalam industri kewangan.

“Dengan memanfaatkan ‘kecacatan’ dalam insurans motor yang sedia wujud, GetCover dilihat mampu menjadi alat perbandingan utama dalam penggunaan telefon pintar.

“Dengan pemahaman yang mendalam tentang peningkatan trend dalam urus niaga digital, kami memberi perhatian tambahan kepada butiran untuk memastikan semua urus niaga dibuat melalui sistem pembayaran yang dipercayai dan selamat,” jelasnya.

Tambah Paul, kewujudan aplikasi itu juga selari dengan perubahan perkhidmatan bank dan insurans di Malaysia yang kini ke arah inovasi serta teknologi dalam meningkatan kualiti, keberkesanan dan aksesibiliti dalam bidang kewangan.

Untuk maklumat lanjt, sila layari http://getcover.asia/.