Garmin Fēnix 5S bukan sahaja cantik dan selesa, malah ia turut mengetengahkan ciri-ciri multisports termasuk pemantauan kadar jantung 24/7, jangka hayat bateri yang lebih lama, pengesan aktiviti harian, teknologi pemantau kadar degupan jantung iaitu Garmin Elevate dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik.

Dilengkapi dengan tali yang boleh ditukar, Fēnix 5S membolehkan pengguna memilih sendiri tali silikon berwarna pastel, keluli tahan karat atau tali kulit yang boleh dipadankan dengan mood atau acara anda.

Warna biru dan merah jambu direka eksklusif untuk Asia Tenggara dengan tona palet pastel yang diperbaharui. Warna merah pula dihadirkan dengan kemasan elegan premium yang menjadikan pemiliknya kelihatan anggun dan lasak dalam masa yang sama.

Selain itu, peranti mewah ini juga telah dimuatkan dengan ciri-ciri multisports penuh seperti berlari, mendaki, berenang, golf dan berbasikal.

Sebagai tambahan kepada pelbagai profil sukan, Fēnix 5S menyediakan penjejak aktiviti harian, sehingga pengguna dapat memakainya sebagai kedua-dua jam tangan harian dan alat latihan untuk menyesuaikan gaya hidup aktif. Edisi warna baru menawarkan kanta kristal sapphire tahan calar untuk aktiviti di dalam rumah atau cabaran luar yang lebih lasak.

Direka dengan unsur berbeza bagi sukan yang berbeza, Fēnix 5S mampu pergi sehingga ke dalam 100 meter di dalam air. Ia juga dilengkapi ciri-ciri navigasi terbina dalam seperti kompas tiga paksi, giroskop dan altimeter barometer.

Selain sokongan penentu kedudukan global (GPS), ia juga dilengkapi dnegan sokongan Glonass yang boleh mengesan persekitaran yang lebih mencabar.

Pengguna juga boleh menyimpan statistik latihan mereka hanya di hujung jari dengan widget yang memaparkan status latihan, beban latihan dan banyak lagi.

Lebih menarik, jangka hayat bateri peranti ini mampu bertahan sehingga sembilan jam dalam mod jam tangan pintar (bergantung pada tetapan), sehingga 12 jam dalam mod GPS dan sehingga 28 jam dalam mod ultra trac dengan monitor kadar jantung dihidupkan.

Sebagai tambahan kepada ciri multisports, teknologi ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri sambungan pelbagai peranti.

Apabila disambung kepada telefon pintar, pengguna boleh mendapatkan panggilan, teks dan notifikasi aplikasi hanya pada pergelangan tangan.

Varian warna baharu Fēnix 5S kini boleh didapati pada harga runcit RM3,149 untuk biru dan merah jambu, manakala bagi merah pula dijual pada harga RM3,499.