Menerusi e-Book tersebut, orang ramai sama ada penagih atau ahli keluarga boleh mendapatkan pelbagai maklumat termasuk cara-cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Presiden Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, e-Book tersebut turut menerangkan kesan-kesan yang bakal ditanggung sekiranya terjerumus dalam penagihan dadah.

“Zaman sekarang dadah dibeli menggunakan Internet dengan pelbagai kata laluan dan penagih mudah memperoleh barang larangan tersebut.

“Jadi kita juga mahu menggunakan kecanggihan teknologi sebagai medium untuk menyedarkan masyarakat akan keburukan dan kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya terjerumus dalam masalah penagihan,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis Pelancaran e-Book #potong stim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-