Menawarkan kecanggihan yang tiada tandingan dalam aspek pencetakan format besar, penyedia perkhidmatan pencetakan akan jadi lebih kompetitif kerana mampu memberi lebih banyak keuntungan dan penjimatan kos.

Pencetak berkenaan dibina untuk memenuhi keperluan perniagaan daripada pelbagai saiz. .

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh berkata, sebagai peneraju dalam bidang pengimejan digital, pihaknya sedar tentang permintaan dalam segmen pencetakan komersial dengan teknologi pengimejan yang mampu memberikan hasil lebih cepat dan fleksibel dan pada masa sama mengekalkan kualiti luar biasa.

Kelebihan

*Teknologi UVgel menghasilkan cetakan yang tepat serta tahan lama untuk kegunaan di dalam dan luar bangunan.

*Tidak berbau dan tidak membahayakan alam sekitar.

*Cetakan bermutu tinggi seperti poster, sepanduk, papan iklan, grafik kenderaan, pencahayaan belakang, grafik tingkap, kertas pemindahan, dan kertas dinding.

*Hasil cetakan dakwat Uvgel kering dengan serta-merta ketika proses pengeringan diod pemancar cahaya (LED) dan tidak memerlukan proses pengeringan secara sejatan.

*Proses pengeringan dakwat UVgel yang serta-merta ini menghasilkan cetakan terus sedia untuk pasca pemprosesan dan laminasi sekali gus meningkatkan produktiviti keseluruhan.

**Pada kelajuan 159 meter persegi sejam, Océ Colorado 1640 ialah pencetak gulungan ke gulungan 64 inci yang paling pantas di dunia. Kepantasan dan automasinya dapat meningkatkan produktiviti serta memudahkan proses produksi tanpa mengorbankan aspek kualiti.

*Pencetak baharu ini juga menawarkan kos operasi lebih rendah, penyelenggaraan automatik dan kemampuan untuk mencetak di atas rangkaian media yang luas.