Di dalam artikel Genius Corner siri ke-8, kita telah belajar mengenai pemboleh ubah dalam bahasa pengaturcaraan PHP. Bezanya kali ini, setiap pemboleh ubah yang digunakan dalam Java perlu dinyatakan jenisnya terlebih dahulu.

Pemboleh ubah yang biasa digunakan oleh pengatur cara adalah integer (nombor), string (abjad panjang), char (satu abjad), double (nombor perpuluhan), serta boolean (benar atau salah).

Dalam mana-mana bahasa pengaturcaraan, pemboleh ubah diguna untuk menyimpan nilai yang tidak tetap. Nilai-nilai ini diperoleh daripada pengguna, sensor, fail teks atau pangkalan data. Contohnya nama pengguna, alamat e-mel, berat badan dan lain-lain.

Seperti PHP, pemboleh ubah dalam Java juga diguna dalam beberapa keadaan berbeza iaitu Local, Instance dan Class/Static. Pemboleh ubah Local didaftarkan dalam fungsi, method, atau blok aturcara.

Pemboleh ubah Instance pula didaftarkan dalam class, tetapi di luar dari mana-mana method. Akhir sekali, pemboleh ubah Class didaftar dalam class, sama seperti pemboleh ubah Instance. Bezanya, ia ditandakan dengan sifat Static di hadapan namanya.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Langkah 1

Langkah 2

Semakan

Dalam kod atur cara tadi, kita telah menghasilkan sebuah class bernama Employee. Melalui constructor main (), kita telah mendaftarkan objek Employee baru bernama empOne.

Objek tadi diberi nama penuh Ransika dengan gaji RM1,000. Nilai gaji tersebut dihantar ke method bernama setSalary, iaitu nilai tadi diubah dari bentuk integer ke bentuk double. Perubahan ini memberikan gaji tadi dua titik perpuluhan, dan sesuai digunakan untuk sebarang fungsi yang berkaitan kewangan.

Seterusnya, menerusi method printEmp, kita telah memaparkan nilai nama penuh dan nilai gaji baru tadi ke skrin utama menggunakan arahan System.out.println.