Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner bersama topik JavaScript siri kedua.

Menerusi artikel minggu ini, kita akan belajar mengenai pemboleh ubah serta operator di dalam JavaScript.

Sebagai bahasa yang ringan, JavaScript hanya membenarkan pengguna memanipulasi tiga primitif sahaja iaitu Integer, String dan Boolean. Selain itu, terdapat dua primitif khusus JavaScript iaitu Null dan Undefined.

JavaScript memiliki persamaan dengan Php iaitu kedua-dua bahasa ini digelar Untyped Language. Gelaran ini diberi kepada bahasa yang membenarkan data disimpan atau ditetapkan di dalam pemboleh ubah tanpa pengesahan khusus seperti contoh berikut.
 

 


SEMAKAN

Melalui latihan pertama JavaScript tadi, kita telah belajar kaedah mendaftarkan pemboleh ubah global dan local untuk digunakan dalam situasi yang berbeza. Menerusi latihan kedua pula, kita pelajari kaedah menulis kod JavaScript di bahagian <head>.

Melalui latihan ketiga pula, kita pelajari kaedah menulis kod JavaScript di dalam bahagian <body>, serta kaedah menulis kod yang sama di dalam fail yang berasingan. 
Kaedah terakhir tadi membolehkan kod yang sama dirujuk oleh pelbagai fail HTML yang berbeza.

SOALAN

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1.Daftar pemboleh ubah global dan local yang baru untuk Latihan 1.
2.Paparkan lebih daripada satu alert pada Latihan 
3.Ubah teks daripada Latihan kepada ayat anda sendiri.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!