Dalam PHP, elemen ini disediakan dalam beberapa versi, sesuai dengan status PHP sebagai bahasa sumber terbuka yang digunakan dengan meluas secara dalam talian.

Perbezaan versi ini diwujudkan bagi mengatasi masalah keselamatan data yang bergerak bebas dalam talian.Tanpa membuang masa, mari kita mulakan pelajaran minggu ini.

Semakan

Dalam blok atur cara pertama, kita telah menggunakan pemboleh ubah global.

Pemboleh ubah seperti ini boleh digunakan dalam fail PHP secara meluas, tetapi tidak boleh dipanggil dalam fungsi.

Dalam blok atur cara kedua, kita telah menggunakan pemboleh ubah lokal.

Pemboleh ubah ini hanya boleh diguna di dalam fungsi tertentu, tetapi tidak boleh dipanggil di luar daripada fungsi.

Dalam blok atur cara ketiga, kita telah menggunakan kata nama global bagi mendaftarkan sesebuah pemboleh ubah agar menjadi lokal dan juga global.

Fungsi ini boleh mengelakkan pengatur cara dari membuat pengulangan yang tidak sewajarnya.

Dalam blok atur cara terakhir, kita telah menggunakan fungsi terbina dalam super global.

Fungsi ini membolehkan sesebuah pemboleh ubah digunakan secara meluas sama ada sebagai pemboleh ubah global atau lokal dalam mana-mana fail PHP di dalam projek yang sama.

Kaedah ini memudahkan pengatur cara mengumpulkan pemboleh ubah dalam sebuah fail khusus, seterusnya memendekkan kod atur cara keseluruhan projek.