Bossa Nova Robotics merupakan syarikat berasaskan teknologi yang menjadi pembekal utama data produk berasaskan masa nyata untuk industri peruncitan global.

Fungsinya adalah untuk membantu industri peruncitan dalam skala yang besar seperti pasar raya dengan melakukan pengutipan data inventori secara automatik.

Naib Presiden Bahagian Inovasi Terbuka Globalnya, Kim Sungwook berkata, dengan pelaburan tersebut, LG telah membelanjakan lebih daripada RM360 juta selama 12 bulan pertama dalam inisiatif pelaburannya bagi mengukuhkan ekonomi syarikat.

“Robotik sebagai komponen penting dalam strategi ThinQ AI kami, (ia) adalah peluang pertumbuhan masa depan yang kritikal untuk LG.

“LG komited untuk mengembangkan keupayaan robotik melalui pelaburan dalam rakan kongsi inovatif serta usaha R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang sengit dari dalam,” ujarnya.

Pembiayaan Bossa Nova mengikuti pelaburan LG dalam empat syarikat robotik Korea iaitu Acryl, Sg Robotics, Robotis dan Robostar.

Oleh itu, pelaburan ini sekali gus melengkapkan usaha LG sendiri untuk membawa robot perkhidmatan ke pasaran dalam masa terdekat serta menjadi enjin pertumbuhan utama bagi syarikat.

Selain itu, syarikat tersebut juga telah menggunakan sejumlah robot di Korea untuk perkhidmatan percubaan iaitu Panduan Robot dan Pembersihan Robot dihantar untuk membantu pelancong di lapangan terbang terbesar Korea Selatan semasa musim sejuk di PyeongChang.

Awal tahun ini pula pada Pameran Elektronik Pengguna (CES), LG memperkenal tiga robot konsep CLOi baru yang khusus dibangunkan untuk kegunaan komersial di lokasi tumpuan ramai seperti hotel dan pasar raya.

Robot CLOi LG sedang dibangunkan selari dengan produk ThinQ, jenama kepintaran buatan (AI) LG untuk pengguna barangan elektronik dan peralatan rumah.