Pada waktu itu, tidak ada kamera litar tertutup (CCTV), komputer dengan sambungan Internet (tidak pernah dengar pun!) atau telefon pintar. Apa yang saya ada hanyalah satu konsol permainan Micro Genius (maju sedikit berbanding konsol Atari) untuk bermain dan menghilangkan kebosanan apabila hujan turun.

Walaupun tidak ada sebarang bentuk pemantauan untuk membolehkan saya tertangkap ketika bersikap nakal, ibu dan ayah tetap tahu bahawa saya yang bersalah (saya rasa abang yang pecahkan rahsia!), inilah yang dipanggil sebagai naluri ibu bapa.

Mengimbas kembali pengalaman lampau, saya menyedari bahawa emak dan ayah tidak mempunyai sebarang manual untuk membesarkan anak. Apa yang mereka tahu tentang bagaimana cara untuk membesarkan anak mungkin nasihat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. (Mujurlah abang yang terlebih dahulu menjadi bahan ujian mereka!).

Apabila saya memulakan perjalanan sebagai bapa dalam dunia digital hari ini, saya telah melengkapkan diri dengan apa yang akan dimiliki setiap bakal ibu bapa tidak lama lagi: e-buku tentang bagaimana berdepan dengan isteri mengandung, garis panduan rumah yang sesuai untuk bayi, kamera untuk memantau isteri, walkie-talkie untuk komunikasi di dalam rumah, bookmark tentang prosedur bersalin pada waktu kecemasan, termasuklah video langkah demi langkah daripada pakar hidung, mata dan telinga (EMT) dalam telefon pintar dan satu pemegang kunci kecemasan yang mudah dicapai.

Sampai sekarang, saya masih tidak tahu bagaimana emak dan ayah boleh hidup tanpa semua ini, malah tanpa telefon bimbit!

Apa yang membuatkan saya berbeza dengan majoriti mereka yang bakal menjadi ibu bapa ialah saya bekerja di sebuah firma keselamatan siber. Saya juga memang paranoid dengan aspek keselamatan di Internet.

Izinkan saya berkongsi dengan anda beberapa contoh pemerhatian:


Tempoh isteri sedang 
 sarat mengandung

* Dalam tempoh ini, jika anda seperti saya yang memasang kamera untuk sentiasa memantau isteri, anda memang perlu memastikan dia selamat. Siapa tahu mungkin ada orang lain yang sedang mengintai isteri anda!

Jadi, perkara pertama yang saya lakukan ialah menyambungkannya dengan satu rangkaian keselamatan di rumah, menukar kata kunci dan kata laluan kamera.

Bayi sudah pun lahir

* Kebanyakan ibu bapa sangat gembira dengan kelahiran anak dan mula memuat naik gambar ke media sosial dan menghantarnya menggunakan aplikasi mesej. Jika tetapan privasi pada platform media sosial tidak digunakan, gambar-gambar tersebut boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Terdapat banyak kes apabila ibu bapa mendapati gambar anak mereka digunakan oleh laman web penyeludupan bayi atau kanak-kanak. Jadi, berhati-hati dengan apa dan siapa anda kongsikan.

Tahun-tahun 
 anak membesar

* Bagi anak kecil, telefon pintar anda kelihatan seperti barang mainan. Bayangkan anda melihat telefon pintar dicampak atau pecah apabila dihempas ke tanah oleh si kecil. Kajian juga menunjukkan bahawa telefon pintar merupakan salah satu peranti yang paling tercemar! Jadi, jauhkan telefon pintar daripada anak-anak anda!

Budak pintar

* Kebanyakan ibu menghadiahkan anak-anak yang mendengar kata (tiga tahun ke atas) dengan membiarkan mereka bermain permainan video pada telefon pintar atau tablet. Hidup dalam era digital, kanak-kanak moden pantas belajar. Mereka tahu bahawa untuk bermain permainan video dalam peringkat yang lebih tinggi, ia memerlukan kemahiran dan membeli aplikasi.

Kanak-kanak mungkin bijak dari segi teknologi, tetapi tidak apabila menyentuh soal wang.

Oleh itu, daripada meminta bantuan ibu bapa, mereka biasanya hanya klik pada butang pembelian untuk terus bermain permainan video tersebut.

Kemudian, apabila ibu bapa menerima penyata kad kredit, mereka baru sedar terdapat beberapa pembelian permainan video yang mereka ingat tidak pernah dibeli sebelum ini.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, jangan sambungkan mana-mana kad kredit dengan Google Playstore atau stor aplikasi. Aktifkan juga ciri always prompt for purchase jika ada.

Pandai berpura-pura

* Ini mungkin berlaku apabila anak-anak diberi masa menggunakan komputer untuk membuat kajian atau menyiapkan kerja sekolah secara dalam talian. Kanak-kanak yang sebagaimana kita tahu cenderung untuk berseronok ketika menyiapkan kerja sekolah.

Mereka cenderung untuk pergi ke laman-laman web lain atau bermain permainan video apabila tiada siapa yang memerhati. Mereka juga bijak untuk bertukar ke mod membuat kerja sekolah apabila ibu bapa masuk ke dalam bilik.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu mengenai perkara ini.

Namun, dengan menggunakan ciri keselamatan seperti Kaspersky Lab’s Internet Security, mereka boleh menyekat akses ke laman-laman web dan aplikasi tertentu. Malah mereka juga boleh mengehadkan penggunaan komputer dan peranti pintar ketika anak-anak sedang menelaah pelajaran.

Fasa remaja siber

* Dengan jumlah rakan yang semakin ramai, penggunaan media sosial pun meningkat.

Pada masa inilah anda mulai perasan telefon pintar anak-anak semakin senyap, mereka juga sentiasa melihat skrin telefon dan ketawa seorang diri. Dalam tempoh ini juga mereka akan menambah senarai kawan termasuklah yang tidak dikenali, berkongsi perasaan secara dalam talian, berkongsi gambar secara terbuka dan berbual dengan orang asing.

Kaspersky Safe Kids pantau aktiviti maya

Sebagai ibu bapa, kita mesti mengajar tentang etika menggunakan Internet. Anak-anak mesti tahu bahawa apa yang berlaku pada hari ini akan berada di dalam talian selama-lamanya dan tingkah laku yang tidak betul boleh menjejaskan reputasi mereka pada kemudian hari. Untuk membimbing mereka, ibu bapa perlu memantau dan berhati-hati dengan tingkah laku anak-anak ketika menggunakan Internet.

Kaspersky Safe Kids membolehkan ibu bapa untuk memantau feed media sosial, perbualan dan mesej anak-anak. Idea ini bukanlah untuk mengintip mereka, tetapi lebih kepada memantau dan memberi ruang untuk anak-anak dan ibu bapa untuk berbual. Anak-anak perlu sentiasa dipantau dan ibu bapa mesti berhati-hati dengan siapa atau apa yang mempengaruhi anak-anak mereka.

Fasa Praremaja

* Pada waktu ini, anak-anak fikir mereka lebih bijak daripada orang dewasa - mereka juga boleh jadi sangat menjengkelkan! Kita telah dengar banyak kes melibatkan sexting (teks mesej berbaur seksual) yang dihantar oleh remaja atau orang dewasa bocor, dikongsi atau digunakan sebagai bahan untuk peras ugut. Anak-anak dalam usia ini paling mudah dieksploitasi kerana emosi mereka sangat rapuh.

Sekali lagi, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak bahawa apa yang berlaku dalam talian akan kekal ada di sana. Mereka perlu diajar supaya tidak berkongsi perincian peribadi dengan sesiapa pun.

Kawalan ke atas anak saya mungkin berakhir di sini. Sebaik sahaja mereka melepasi usia remaja, mereka dianggap sebagai orang dewasa yang boleh berfikir apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Bagi saya, mungkin sudah perlu mencari jalan untuk menjadi datuk pada era digital pula bila tiba masanya nanti. Siapa tahu, saya mungkin ada pembantu rumah maya atau robot. Masanya mungkin masih panjang, tetapi fikirkan tentang perkara ini sebagai seorang yang bakal menjadi bapa tidak lama lagi, saya rasa lebih baik paranoid untuk sebab yang betul. Apalah yang isteri saya fikirkan agaknya?