Ketika ramai yang menjangkakan pertarungan dua bekas pemain wanita No. 1 dunia itu akan berlangsung sengit, Muguruza sebaliknya menguasai perlawanan dari awal untuk menang 6-2, 6-1 di Gelanggang Philippe Chatrier.

Juara 2016 dari Sepanyol itu kini bakal berdepan sama ada pemain No. 1 dunia, Simona Halep dari Romania atau bintang Jerman, Angelique Kerber yang sedang bertarung dalam satu lagi saingan suku akhir.

Bagi jaguh Rusia, Sharapova, kekalahan ini memusnahkan hasratnya untuk merangkul kejuaraan ketiga selepas menang pada 2014 dan 2012. - REUTERS