Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mudah dengan PHP

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan berkenalan dengan bahasa pengaturcaraan PHP. Diperkenal pada 1994 oleh penciptanya Rasmus Lerdorf, PHP merupakan bahasa pengaturcaraan pelayan (server) yang bersifat sumber-terbuka (open source). Ia tidak perlu dikumpil dan boleh digabungkan dengan bahasa lain seperti HTML, CSS dan JavaScript.

Untuk pengetahuan anda, setiap bahasa pengaturcaraan yang diperkenal menerusi ruangan ini merupakan asas kepada beberapa teknologi pengaturcaraan yang mempunyai permintaan tinggi di seluruh dunia.

Melalui konsep pengaturcaraan drag-and-drop Scratch, anda boleh memilih untuk membangunkan mobile games bertaraf komersial menggunakan perisian seperti GameSalad, atau membina robot menggunakan Lego Mindstorms.

Menerusi pengaturcaraan web (HTML, CSS, JavaScript), anda boleh memilih untuk membangunkan laman web menggunakan AngularJS atau Bootstrap. Anda juga boleh membangunkan aplikasi telefon pintar menggunakan Ionic atau React Native.

Menerusi Java, anda boleh mengorak langkah untuk membangunkan aplikasi telefon pintar Android. Ruang lingkup anda termasuklah peranti seperti cermin mata pintar, jam tangan pintar, televisyen dan kereta mewah.

Menerusi PHP, anda boleh membina dan menguruskan system berasaskan web menggunakan Joomla atau WordPress. Anda juga boleh membina system web berskala besar menggunakan Laravel atau Zend.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan pelajaran minggu ini.

Tahniah! Anda telah menghasilkan skrip PHP pertama anda. Mudah kan? Melalui kod atur cara itu , anda dapat lihat bahawa kod PHP boleh diselang-selikan di antara kod atur cara HTML untuk memaparkan hasil tertentu. Proses ini dinamakan dynamic coding.

Static coding membawa maksud, paparan web dituliskan secara terus ke dalam fail tersebut. Ini bermakna, kandungan paparan web berasaskan PHP boleh diubah berdasarkan sumber tertentu seperti pangkalan data atau borang pendaftaran.

Kod atur cara PHP perlu diletakkan di antara tag pembuka “<?php” dan tag penutup “?>”. Kod yang anda gunakan sebentar tadi ialah echo. Ia berfungsi memaparkan teks melalui pelayar web.

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, kita akan mencuba satu lagi kod atur cara.

Menerusi kod ini, anda boleh mendaftarkan pemboleh ubah bernama kereta dan warna tanpa sebarang syarat. Anda hanya perlu menambah karakter $ pada perkataan tersebut.

Pemboleh ubah diguna untuk mewakili nilai tertentu dari pelbagai jenis berbeza seperti huruf atau nombor manakala tanda ‘.’ pula diguna untuk memotong ayat paparan dan memasukkan pemboleh ubah di antara dua perkataan tertentu.

Langkah 2:Klik butang Run

untuk melihat hasilnya.

Jika anda mempunyai 
sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected].com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Langkah 1:

Layari laman http://phpfiddle.com dan klik butang Code-Space

siri 4

Langkah 2:

Masukkan kod berikut pada ruangan yang disediakan

Langkah 3:

Klik butang Run untuk melihat hasil seperti berikut

Langkah 1: 
Masukkan kod atur cara berikut pada ruangan Code-Space

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain