Dalam sesebuah laman sesawang (web), fungsi muat naik fail membolehkan pengguna memuat naik gambar, dokumen, audio mahupun video. Fungsi sebegini amat sesuai digunakan dalam laman sosial mahupun mengisi borang atau laporan secara online.

Seperti contoh, dalam laman sosial Facebook atau Instagram, pengguna diberi kebebasan memuat naik gambar dan video untuk dikongsikan dengan keluarga dan teman rapat. Mereka tidak perlu lagi mencetak gambar foto secara fizikal.

Di dalam laman sesawang (web) e-commerce pula contohnya, peniaga boleh memuat naik gambar produk yang ingin dijual. Pembeli boleh membuat perbandingan dan keputusan sebelum membeli berdasarkan gambar iklan yang dilihat.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Semakan

Melalui latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah borang yang membolehkan pengunjung memuat naik fail gambar ke server. Menggunakan fungsi pathinfo(), kita telah mengasingkan nama dan jenis fail yang diterima daripada pengunjung.

Seterusnya, beberapa fungsi diguna bagi menyemak sama ada fail yang dimuat naik telah berada dalam simpanan, serta jenis dan saiz imej yang bakal dimuat naik agar tidak bercanggah dengan tetapan sistem.

Semakan sebegini wajib dilakukan bagi mengelakkan sistem daripada dirosakkan secara tidak sengaja.

Akhir sekali, fungsi move_uploaded_file() digunakan untuk memuat naik gambar yang telah ditentusahkan ke dalam direktori yang ditetapkan oleh pengatur cara.