Dalam sistem pengoperasian Windows, kesan mouse-trail digunakan bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan untuk mencari kursor mouse di celah-celah imej monitor.

Dalam sesebuah permainan video pula, kesan ini seolah-olah karakter permainan video anda sedang bergerak dengan kelajuan melampau. Sesuai untuk permainan video berbentuk futuristik atau berbentuk kartun seperti Boboiboy.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam kod atur cara Sprite1, blok atur cara kanan berfungsi mengejar kursor mouse dan menghasilkan klon Sprite1. Blok atur cara kiri pula berfungsi menghasilkan klon dengan saiz yang semakin kecil dan akhirnya dipadamkan apabila jumlah klon mencapai nilai tertentu. Jika tidak, klon akan dihasilkan secara infiniti dan menyebabkan komputer tidak dapat menanggung beban pengiraan.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Kurangkan separuh jumlah klon

2. Tambah sekali ganda jumlah klon

3. Hasilkan karakter kedua

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!