Mesin ini adalah adaptasi dari mesin semperit dahlia sebelum ini yang pernah menjadi mesin yang popular di sini, versi kali ini adalah penambahbaikkan mesin semperit dahlia

Sebelum ini dengan penambahan konsep pemotong didepan muncung acuan. Mesin ini merupakan model semiautomatik dan dapat membantu pengguna mempercepatkan proses pembuatan kuih petak. Hanya menggunakan tenaga elektrik dan sistem hidraulik dalam penghasilan biskut petak.

Seterusnya, mesin ini membantu pengusaha menghasilkan biskut petak dalam kuantiti yang banyak. Hal ini kerana mesin ini mempunyai satu satu acuan biskut petak. Bentuk biskut petak juga menjadi lebih seragam kerana acuan pada mesin menggunakan acuan asli yang banyak terdapat di pasaran.

Mesin ini tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai. Hal ini disebabkan acuan pada mesin akan megeluarkan adunan biskut yang berbentuk petak dan pengguna hanya perlu meletakkan sukatan adunan tepung dalam tabung pengisian. Kemudian, mesin akan mula mencetak kuih tersebut sehingga adunan biskut di dalam tabung pengisian habis dan meja akan bergerak ke depan dan kebelakang supaya biskut yang keluar dari acuan akan terus tersusun di atas dulang dan setelah siap dicetak biskut petak boleh terus dibakar ke dalam ketuhar.

Malah, pengguna juga mudah untuk mencuci acuan dan tabung pengisian ini dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Proses mencuci tidak mengambil masa yang lama dan pengguna boleh mengekalkan tahap kebersihan mesin semasa proses penghasilan biskut petak. Mesin mencentak biskut petak ini masih lagi dalam kajian dan penyelidikan ZDA kerana mesin ini perlu penambahbaikan secara teliti sebelum diberikan kepada pengusaha untuk menggunakannya kerana pihak ZDA sangat mementingkan keselamatan pengguna serta kualiti mesin sewaktu pengoperasian dan produk yang dihasilkan supaya tidak belaku sesuatu yang tidak diingini.