Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Manfaatkan inovasi

Pereka cipta tunjuk kebolehan

Ismail Ibrahim menerima anugerah daripada Ahmad Zakaria Sidek
Ismail Ibrahim menerima anugerah daripada Ahmad Zakaria Sidek pada Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2016 di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Inovasi merupakan acara tahunan Jabatan Pertanian dan menjadi salah satu landasan bertujuan menyemarakkan lagi usaha dan pembudayaan inovasi dalam kalangan warga jabatan tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak suatu ketika dahulu pernah menegaskan betapa pentingnya budaya inovasi demi kemajuan sesebuah organisasi untuk dijadikan amalan dan budaya kerja semua perkhidmatan. Bermula dengan pemerhatian ke atas proses kerja, inovasi menjadi nilai tambah ilham terhadap kreativiti gerak kerja untuk hasil yang lebih baik.

Atas tujuan yang sama, Jabatan Pertanian baru-baru ini mengadakan Sambutan Hari Inovasi 2016 yang diadakan di Putrajaya dengan penyertaan daripada peringkat pegawai dan petani seluruh negara.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamed Sidek, berkata, pemilihan pemenang anugerah dinilai oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mengikut kriteria yang telah ditetapkan sebagai panduan untuk menilai setiap aktiviti dan produk inovasi dihasilkan.

Beliau berkata, hari inovasi merupakan hari kemuncak dan pengiktirafan kepada pegawai dan petani yang telah berjaya. Namun apa yang penting bagi Jabatan Pertanian adalah penekanan terhadap semangat membudayakan inovasi dalam perkhidmatan awam. Menurutnya lagi, semasa berkhidmat kakitangan jabatan perlu melihat apakah perkara yang boleh diperbaiki lalu sekali gus dapat meningkatkan produktiviti yang kemudiannya secara tidak langsung dapat mengurangkan kos.

“Kesudahannya tindakan kita itu tadi dapat meninggalkan kesan dengan impak positif pada golongan sasaran. “Jabatan Pertanian amat mengambil berat terhadap kumpulan sasar kami iaitu golongan petani dan usahawan. Dengan adanya acara sambutan inovasi seperti ini sekali gus menjadi galakan kepada petani untuk berinovasi,” jelasnya yang turut menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Sebanyak lapan buah Anugerah iaitu Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian Kategori Pegawai dan Petani, Anugerah Khas Inovasi Teknologi Pertanian Kategori Pegawai dan Petani, Daerah Perkhidmatan Pengembangan Inovatif 2016, Ejen Pengembangan Kawasan Inovatif, Pengurusan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Cemerlang dan Pengurusan Inovatif kategori terbaik kepada lebih 39 peserta kesemuanya.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain