Apabila projek dimulakan kawasannya di Tuaran turut dipilih sebagai perintis meskipun projek turut diuji di kawasan ladang lada di Moyog, Sabah.

Mohd. Faizal berkata, penyelidikan bertajuk Tiang Sokongan Untuk Sistem Perladangan Lada Hitam dimulakan pada 2015 dan siap dalam tempoh dua tahun.

“Projek ini bertujuan membantu penanam lada hitam yang memerlukan 28 juta batang tiang sokongan menjelang 2020,’’ ujarnya ketika ditemui pada majlis penyerahan Projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) Agensi Nuklear Malaysia di Pekan Nabalu Tuaran, Sabah baru-baru ini.

Penyelidikan tersebut diketuai oleh Meor Yahaya Razali manakala ahli lain ialah Khairil Nor Kamal Umar dan Siti Salwa Mohammad Shirajuddin.

Katanya, kira-kira 21 peserta disasarkan menggunakan tiang berkenaan di beberapa kawasan penanaman di Sabah seperti Kampung Lokos Tuaran, Kota Marudu dan Moyog dengan inisiatif dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS).

Program berkonsepkan pemindahan teknologi agensi MOSTI kepada golongan sasar disempurnakan oleh Madius. Menariknya projek tersebut hanya menggunakan sisa pertanian seperti sawit dan kenaf yang banyak terdapat di negara ini.

Teknologi pembangunan komposit itu menggunakan campuran bahan buangan tersebut dan diletakkan lubang pada tiang. Cadangan awal kira-kira 10,000 akan dikomersialkan.

Deskripsi projek:

Bahan biokomposit merupakan satu alternatif bagi menggantikan penggunaan kayu belian kerana ia juga mempunyai ketahanan lembapan dan cuaca yang baik. Selain itu, bahan tersebut boleh diacukan dalam bentuk yang berbeza membolehkan ia berfungsi lebih daripada sekadar pancang atau tiang sokongan sahaja. Reka bentuk yang inovatif diperkenalkan dalam projek tersebut membolehkan sokongan tanaman lada tanpa ikatan diperkenalkan kepada industri tanaman lada.

Penggunaan kayu belian yang mempunyai ketahanan terhadap kelembapan dan cuaca, sesuai sebagai sistem sokongan tanaman lada.

Penggunaannya sebagai tiang sokongan telah diamalkan secara tradisi sejak sekian lama di negeri Sarawak.

Dengan perkembangan ekonomi, sistem tanaman lada telah berkembang daripada secara individual dan kecil-kecilan kepada perladangan secara komersial.

Oleh itu, permintaan kepada bekalan kayu belian

juga adalah sangat tinggi. Ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada penyusutan hutan asli serta menjadikan spesis kayu ini semakin berkurangan.

Dengan peningkatan permintaan, harga bagi bekalan kayu ini jua akan meningkat.

Justeru, penggunaan bahan biokomposit merupakan satu alternatif bagi menggantikan penggunaan kayu belian kerana ia juga mempunyai ketahanan lembapan dan cuaca yang baik.

Teknologi sokongan tanpa ikatan dan fertigasi itu boleh dipanjang kepada pertanian tanaman melata lain sepertianggur, tomato, kekacangdan lain-lain berskala komersial dan individu seperti di Kundasang, Sabah dan Cameron Highlands.