Dalam artikel Genius Corner siri 69, kita telah pun mempelajari kaedah membina paparan berbentuk kekisi menggunakan kerangka Ionic. Kali ini, kita gunakan pula kod atur cara Swift untuk projek iOS.

Jika dibandingkan dengan kod atur cara lain, Swift merupakan kod atur cara yang sangat mudah dipelajari kerana penggunaan kod yang ringkas dan mudah dihafal.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Melalui latihan tadi, kita telah pelajari kaedah kedua membina aplikasi iOS dengan paparan kekisi. 

Fungsi utama di dalam projek kali ini merupakan number Of Sections In CollectionView() dan collectionView(). 

Melalui library terbina dalam Collection View Controller, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan kod atur cara yang panjang. Hanya leret dan lepas beberapa kali sahaja dan segalanya selesai.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Hapuskan tiga buah-buahan asal dan gantikan dengan buah-buahan pilihan anda

2. Tambah dua lagi buah-buahan dalam senarai paparan

3. Gabungkan projek kali ini dengan projek Tab Bar Controller

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. 

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!