Diperkenal pada 1995 oleh penciptanya James Gosling, Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang paling popular di dunia. Ia juga merupakan bahasa yang terbaik untuk menghubungkan perisian dan perkakasan digital.

Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang berlandas kan objek atau Object Oriented (OO). Apabila dikumpul, fail Java akan diterjemah ke kod binary (perduaan) yang bersifat neutral. Maksudnya, hasil akhir projek anda boleh digunakan pada mana-mana sistem pengoperasian seperti Linux, MacOS atau Windows.

Dalam dunia pekerjaan masa kini, pengaturcara yang mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan Java biasanya menerima gaji yang mahal. Oleh itu, kuasailah bahasa ini dengan sebaik mungkin.

Pengaturcara tidak perlu lagi menggunakan fail sokongan JavaScript yang panjang berjela kerana kebanyakan fungsi antara muka seperti animasi, pemetaan dan sebagainya telah tersedia dalam fungsi dalaman HTML5.

Tanpa membuang masa, kita akan mempelajari asas pengaturcaraan Java dengan ringkas. Untuk kemudahan anda, gunakan sahaja compiler Java yang disediakan di Internet secara percuma.

Layari laman web https://www.compilejava.net dan tuliskan kod atur cara berikut dalam ruangan editor

Klik butang COMPILE & EXECUTE untuk melihat hasilnya.

Tahniah! Anda berjaya menghasilkan aplikasi Java pertama anda. Mudahkan? Mari kita teliti kod atur cara yang baru sahaja kita gunakan tadi.

Bahasa pengaturcaraan Java bersifat case sensitive. Ini bermakna, MyFirst Java Program dan myfirst java program adalah dua objek yang berbeza. Selain itu, nama kelas (MyFirst Java Program) biasanya dimulakan dengan huruf besar.

Perlu diingat, nama kelas dan nama fail adalah sama. Jika anda ingin save kod atur cara ini, nama yang akan digunakan ialah MyFirst Java Program.java.

Untuk mengelakkan terlupa, pengaturcara biasanya menulis comment dalam kod atur cara mereka seperti berikut:

Java 1

Melalui contoh tadi, anda dapat melihat bahawa enum digunakan untuk meletakkan batasan kepada sesuatu nilai. Dalam contoh ini, hanya terdapat tiga jenis saiz gelas minuman iaitu SMALL, MEDIUM dan LARGE. Enum berfungsi untuk mengurangkan ralat pengguna.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!