Tutorial minggu ini sedikit berbeza dari yang sebelumnya, kerana kali ini anda mampu menjana pendapatan pasif melalui paparan iklan AdMob. Kami yakin anda semua ingin tahu bagaimana menjana pendapatan walau sedang tidur.

AdMob merupakan anak syarikat Google yang berfungsi memaparkan iklan kecil di ruangan bawah paparan aplikasi anda. Setiap kali pengguna melihat iklan ini, anda selaku pemilik aplikasi akan dibayar komisyen dengan nilai tertentu.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam latihan kali ini, kita telah bina aplikasi pelayar Internet yang turut memaparkan iklan di bahagian bawah skrin telefon pintar. Untuk menggunakan kedua-dua fungsi tadi, anda perlu masukkan plugin AdMob dan InAppBrowser dari Internet, ke dalam folder projek terlebih dahulu kerana library yang diperlukan tidak terbina di dalam kerangka Ionic.

Bagi tujuan menjana pendapatan, anda hanya perlu daftar akaun percuma di https://www.google.com/admob.

Setelah mendaftar, anda akan diberi Ad Unit Id yang akan dituliskan ke dalam fungsi admobid = { banner: ‘’ }.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah URL http://ngcordova.com kepada URL milik anda

2. Ubah kedudukan paparan AdMob ke bahagian atas skrin telefon pintar

3. Ubah nilai toolbar daripada NO kepada YES untuk memaparkan menu pelayar web

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba.