Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jana elektrik guna teknologi mesra alam

Arang batu yang kebanyakannya diimport dari Kalimantan, Indonesia menjadi nadi TNB Janamanjung Sdn. 4
Arang batu yang kebanyakannya diimport dari Kalimantan, Indonesia menjadi nadi TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ) dalam memenuhi keperluan tenaga elektrik negara yang dijananya melalui empat janakuasa. Tiga janakuasa awal dikenali sebagai Manjung 1, Manjung 2 dan Manjung 3 siap dibina dan mula beroperasi pada 2003. Terbaru, Manjung 4 beroperasi mulai 2015.

Bagi yang baru pertama kali menjejak kaki ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung dekat Lumut Perak, cerobong asap setinggi 200 meter menjadi tanda hampirnya mereka ke destinasi.

Walaupun namanya cerobong asap, teknologi terkini yang diguna pakai di stesen berkenaan membuatkan apa yang yang boleh dilihat keluar dari cerobong sebenarnya adalah wap atau stim, bukannya asap.

Chimney (200m) berfungsi sebagai penapis gas serombong (flue gas) yang mengandungi sulfur dan debu berterbangan (fly ash) yang telah ditapis dan tidak dilihat dengan mata kasar. Yang mengeluarkan stim adalah ekzos paip wap hasil daripada pemeluwapan air.

Apabila melintasi pintu masuk kawasan stesen yang menjadi larangan awam itu, pastinya longgokan arang batu yang membukit menjadi tumpuan. Manakan tidak, ia memenuhi hampir suku daripada 325 hektar kawasan SJSAS atau lebih dikenali TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ).

Arang batu yang kebanyakannya diimport dari Kalimantan, Indonesia itu menjadi nadi TNBJ dalam memenuhi keperluan tenaga elektrik negara yang dijananya melalui empat janakuasa. Tiga janakuasa awal dikenali sebagai Manjung 1, Manjung 2 dan Manjung 3 siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2003. Terbaru, Manjung 4 telah beroperasi mulai 2015.

Dalam satu-satu masa, timbunan arang batu yang disimpan di coal yard seluas hampir 27 padang bola di TNBJ melebihi satu juta tan metrik. Bagi segelintir pihak, penggunaan arang batu sebegini dianggap tidak mesra alam. Hakikatnya, ia tidak perlu dirisaukan kerana stesen janakuasa elektrik terbesar di Malaysia ini (20 peratus daripada kapasiti penjanaan Semenanjung Malaysia) telah membuktikan ia persepsi yang salah semata-mata.

Sekurang-kurangnya enam kajian ilmiah impak alam sekitar sejak 2010 membuktikan perkara berkenaan. Antaranya kajian bertajuk Paleoseismology and Seismic Hazard Study dan Kajian Ekologi di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung, Perak oleh TNB Research Sdn. Bhd. (TNBR).

Ramai yang tidak tahu, teknologi terkini mesra alam yang diguna pakai di sini meletakkan TNBJ sebagai penanda aras industri sehingga ia kerap menjadi lokasi pilihan bagi syarikat utiliti serantau yang ingin membangunkan stesen janakuasa arang batu mereka.

Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad berkata, pada akhir tahun ini, 1,000 megawatt (MW) lagi bakal disalurkan ke Grid Nasional menerusi stesen janakuasa Manjung 5 yang sedang rancak dibangunkan dalam kawasan TNBJ.

Pembinaannya, seperti mana Manjung 4, menggunakan sepenuhnya teknologi mesra alam dikenali Teknologi Ultra Super Critical. Pembinaan projek berkenaan, dengan kos kira-kira RM6.5 bilion, kini 90 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Shamsul menjelaskan bahawa teknologi Ultra Super Critical membolehkan pembakaran arang batu yang lebih bersih dengan penggunaan arang batu bersulfur yang lebih rendah.

“Ia menggunakan suhu dan tekanan yang lebih tinggi, sekali gus menyebabkan kecekapan pembakaran di Manjung 4 lebih efisien berbanding Manjung 1,2 dan 3.

“Penggunaan sistemnya hampir sama namun, apa yang membezakan Manjung 4 ialah ia tidak menggunakan boiler drum seperti yang digunakan Manjung 1,2 dan 3,” katanya ketika lawatan media ke TNBJ baru-baru ini.

Pembakaran di janakuasa juga berbeza melibatkan suhu yang digunakan di Manjung 4 sekitar 600 darjah Celsius dengan tekanan 270 bar, manakala di Manjung 1,2,dan3 pula suhunya sekitar 540 darjah selsius dengan tekanan 165 bar.

Ini membolehkan penggunaan arang batu lebih rendah di Manjung 4 berbanding Manjung 1,2, dan 3. Lebih tepat lagi, untuk menghasilkan 1,000 MW Manjung 4 membakar sekitar 10,000 tan metrik sahaja berbanding 24,000 tan metrik untuk Manjung 1, 2 dan 3 bagi menghasilkan 2,100 MW.

“Teknologi ini adalah yang paling efisien di Malaysia dan di Asia Tenggara ketika ini. Ia memastikan penjanaan bekalan elektrik paling selamat dan mesra alam,” katanya.

Penjagaan alam sekitar

Datuk Shamsul Ahmad menegaskan, TNBJ sentiasa meletakkan standard yang tinggi dalam operasi hariannya. Ia sentiasa mematuhi piawaian alam sekitar yang ketat seperti ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Bank Dunia.

Ini melibatkan pemantauan terhadap sampel udara, air, minyak, bunyi dan abu secara berkala. Tidak hairanlah, TNBJ telah menerima akreditasi MS 14001:2015 bagi Pengurusan Alam Sekitar,  MS 9001:2008 bagi Sistem Pengurusan Berkualiti dan menjadi stesen janakuasa Malaysia pertama yang mendapat pensijilan Pengurusan Kesinambungan Bisnes ISO 2301:2012.

“Memang ada persepsi menyatakan stesen janakuasa boleh menyebabkan pencemaran. Itu mungkin benar pada satu ketika dahulu ketika belum ada teknologi seperti yang terdapat sekarang ini.

“Apa yang dilaksanakan di TNBJ adalah mengikut standard alam sekitar yang ketat yang ditetapkan Bank Dunia dan JAS,” katanya.

Menurut Shamsul, pemantauan secara berterusan terhadap kualiti udara dilakukan bagi mengetahui ketumpatan asap dan kandungan zarah serta habuk di dalamnya.

Tiga lokasi ditetapkan bagi tujuan pemantauan kualiti melibatkan kawasan TNBJ sendiri, Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung yang terletak kira-kira tiga kilometer jaraknya serta Pejabat Bahagian Pembahagian TNB Seri Manjung yang terletak lima kilometer jauhnya dari TNBJ.

Pemantauan lain turut melibatkan air terawat yang dilepaskan ke laut dan abu arang batu yang dikumpulkan di kolam abu.

Abu yang terkumpul pula tidak dilupuskan begitu sahaja sebaliknya dijual kepada industri simen. Ramai yang tidak tahu, 30 peratus simen yang digunakan semasa pembinaan Menara Berkembar Petronas menggunakan abu dari sini yang telah diproses.

Pembinaan TNBJ yang dimulakan dengan Manjung 1 pada tahun 1999 hingga berkembang dengan pembinaan Manjung 5 telah memberi limpahan rezeki bukan sahaja kepada negeri Perak tetapi juga masyarakat setempat.

Ia memberi kesan limpahan ekonomi kepada pembangunan daerah Manjung yang boleh dilihat kepesatannya pada hari ini dengan pelbagai kemudahan antaranya hospital swasta, sekolah, gedung perniagaan, industri limbungan kapal, perniagaan komersial dan sebagainya.

Pembinaannya juga memberi peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat secara langsung dan tidak langsung. 

Shamsul yang telah lima tahun menerajui TNBJ berkata,  daripada 566 kakitangan TNBJ, 52 peratus adalah dari Perak dengan 235 orang dari daerah Manjung, telah menjadi keutamaan pihaknya sejak dari awal pembinaan stesen ini untuk memberi keutamaan dari segi pekerjaan dan kontrak berpatutan kepada orang tempatan.

“Kami mempunyai lebih 200 pembekal berdaftar dengan kontrak bernilai kira-kira RM85 juta,” katanya.

TNBJ turut terlibat secara serius dalam tanggungjawab sosial Korporat terutama dalam pendidikan dengan sumbangan bernilai RM18 juta kepada kerajaan negeri sejak 2014. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain