Dalam latihan Genius Corner minggu lepas, kita telah pelajari kaedah membina senarai (list) menggunakan Ionic.

Seperti senarai, jadual juga merupakan elemen utama di dalam sesebuah laman web atau aplikasi mudah alih.

Melalui jadual, maklumat tertentu boleh disusun dengan baik sehingga memberi makna yang khusus kepada pembaca.

Susunan yang jelas dalam jadual juga membolehkan pembaca mendapat maklumat lengkap dalam tempoh yang singkat.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Berdasarkan latihan pertama tadi, kita telah hasilkan jadual dengan latar data bergantian. Menggunakan kelas table-striped, setiap baris data memiliki warna latar berbeza yang memudahkan lagi pembacaan.

Melalui latihan kedua pula, kita telah hasilkan jadual dengan latar aktif yang bertukar warna apabila cursor tetikus dilalukan ke atasnya. Apabila baris jadual mengesan kehadiran tetikus, warna latar akan diubah, menjadikan pengguna sedar di mana kedudukan cursor pada waktu tersebut.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah suai kod atur cara dan tambahkan satu baris data di dalam jadual

2. Ubah suai kod atur cara dan tambahkan satu lajur data di dalam jadual.

3. Ubah warna latar jadual dari kelabu cair kepada warna lain pilihan anda

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan. Selamat mencuba!