Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ISSA 2016 mantapkan industri gaharu

DR. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tertarik dengan hasilan berasaskan
DR. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tertarik dengan hasilan berasaskan gaharu selepas merasmikan ISSA 2016 di Serdang baru-baru ini.

Gaharu yang terhasil daripada pokok karas (Aquilaria sp.) telah digunakan sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi sejak ribuan tahun dahulu.

Kebanyakan negara Asia adalah merupakan pengeluar utama gaharu ke seluruh dunia termasuklah Malaysia, namun di mana silapnya industri berkaitan produk tersebut kurang berkembang.

Menyedari akan situasi tersebut Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Perhutanan telah menganjurkan Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu ke 2 (ISSA 2016).

Penganjuran tersebut tidak lain adalah untuk memberi perhatian ke atas produk gaharu agar penghasilannya lebih mampan.

Menurut Pengerusi ISSA 2016, Prof. Madya Dr. Rozi Mohamed, simposium tersebut juga bertujuan menyediakan platform khas buat saintis dan semua pihak yang terlibat di dalam industri tersebut untuk bertemu.

“Pertemuan tersebut membolehkan mereka saling bertukar-tukar idea, maklumat dan pengalaman berkaitan konservasi, penyelidikan dan inovasi dalam industri gaharu.

“ISSA 2016 merupakan kesinambungan dari ISSA 2013 yang mana bukan sahaja akan meneruskan budaya pertukaran idea dan maklumat, malah menyebar dan mempertingkat perkongsian saintifik serta teknikal berkaitan pengeluaran gaharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan simposim tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelas Dr. Rozi lagi, kerjasama menerusi rangkaian penyelidikan profesional amat penting jika matlamat untuk meningkatkan kesedaran, mempromosi dan menyebarkan ilmu berkaitan gaharu.

“Simposium seperti ini mampu mendedahkan pihak seperti pengurus dan peladang karas, usahawan gaharu, penyelidik dari agensi kerajaan dan swasta serta pembuat polisi kepada pelbagai aspek penting dalam pengeluaran gaharu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Wan Junaidi berkata, pokok karas merupakan spesies yang terancam dan telah disenaraikan bawah Apendiks II Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pemerdagangan Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).

Jelasnya, biarpun begitu industri gaharu dilihat dapat membantu ekonomi negara serta manfaat kepada masyarakat jika diuruskan secara mampan.

“Industri ini juga menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan pelbagai produk untuk manfaat pelbagai pihak.

“Kerajaan meperuntuk dana khas untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penerokaan terhadap teknologi hijau dan industri gaharu merupakan antara salah satunya,” ujarnya.

Tambahnya, dana tersebut telah diperuntuk menerusi pelbagai kementerian dan agensi dan disalurkan kepada lima universiti penyelidikan termasuklah UPM untuk menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi.

“Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) turut menyumbang kepada R&D dalam industri gaharu sejak tahun 1990-an lagi.

“Antara sektor yang diberi perhatian oleh FRIM adalah penanaman, konservasi, genetik, pengkulturan tisu serta pemprosesan dan fitokimia (phytochemical).” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, usaha R&D yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan gaharu tidak bermakna jika tiada penglibatan secara intensif daripada pihak industri itu sendiri.

Pada simposium tersebut pelbagai kaedah dan teknologi penting dalam konservasi, penyelidikan dan inovasi gaharu turut dibincangkan bagi memastikan pengeluaran dan kualiti gaharu mampu memberi pulangan yang tinggi.

Antaranya adalah kaedah genetik dan molekul biologi gaharu, fisiologi dan ekologi spesies pokok pengeluar gaharu, penelitian terhadap faktor penekan dalam proses aruhan gaharu serta perbincangan penggunaan semua maklumat tersebut dalam membentuk sumber gaharu yang mampan.

Dalam pada itu, sebuah buku penyelidikan berkaitan gaharu juga turut dilancarkan iaitu Agarwood: Science Behind the Fragrance.

Buku tersebut merupakan pelopor dalam menangani pelbagai isu gaharu dari perspefktif saintifik hasil suntingan Dr. Rozi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain