Menerusi artikel terdahulu, kita telah diperkenal dengan elemen dari kumpulan Motion, Looks, Pen, Event dan Control. Maka pada minggu ini, kita akan mencuba elemen dari kumpulan Sensing pula.

Seperti mana aplikasi lain, maklumat dari pengguna adalah sangat penting kerana ia membantu sesebuah aplikasi itu menyelesaikan masalah pengguna dengan tepat. Contohnya, pesakit yang datang berjumpa doktor kerana mengalami sakit kepala. Sudah tentu doktor akan memberi ubat untuk kelegaan kepala, dan bukan untuk kelegaan perut.

Elemen Sensing sesuai digunakan dalam borang seperti borang pendaftaran dalam talian dan sebagainya. Justeru tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Langkah 1 & 2

Langkah 3

Langkah 4

Semakan

Apa yang berlaku sebentar tadi di dalam Langkah 2 ialah, aplikasi Scratch anda melukis segi empat sama menggunakan elemen pen down dan repeat, untuk mengulang elemen move sejauh 100 langkah dan turn sebanyak empat kali.

Dalam Langkah 3 pula, pengguna diminta memilih berapa jauh garisan pen perlu dilukis. Seterusnya, jawapan itu dimasukkan ke dalam elemen move.

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Ubah jumlah repeat dan sudut pusingan supaya dapat melukis hexagon

2. Ubah stage supaya boleh memuatkan lukisan yang besar

3. Masukkan elemen Looks supaya kucing berubah rupa pada setiap ulangan.