Penggunaan borang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada pengguna. Interaksi sebegini membolehkan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon serta alamat e-mel disimpan dan dikumpul dalam pangkalan data.

Dalam dunia Big Data (Data Raya) hari ini, koleksi data yang besar amatlah penting dalam menentukan hala tuju produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan atau organisasi.

Maklumat seperti demografi kaum, jantina, umur, lokasi dan minat boleh digunakan untuk mengubah suai sesebuah produk atau perkhidmatan supaya menjadi lebih baik.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

LATIHAN

LANGKAH 1: Buka tetingkap DOS pada sistem pengoperasian Windows, dan Terminal pada sistem pengoperasian MacOS

LANGKAH 2: Taip arahan berikut pada tetingkap DOS/Terminal untuk bina projek Ionic anda di dalam folder Genius Corner yang disimpan di Desktop seperti projek terdahulu.

cd Desktop

cd Genius Corner

LANGKAH 3: Taip arahan berikut pada tetingkap DOS/Terminal untuk membina projek Ionic anda dengan nama myForm.

ionic start myForm blank

LANGKAH 4: Taip arahan berikut untuk masuk ke dalam folder myForm.

cd myForm

LANGKAH 5: Taipkan arahan berikut ke dalam tetingkap DOS/Terminal memapar dan mengubah suai aplikasi anda menggunakan developer console yang terdapat dalam pelayar web.

ionic serve

LANGKAH 6: Buka fail home.html yang terdapat di dalam folder myList/src/pages/home dan taipkan arahan berikut sejurus selepas elemen pembuka <body> bagi menghasilkan borang.

 

SEMAKAN

Dalam kod atur cara tadi, kita telah membina borang ringkas yang memiliki beberapa pilihan input berbeza seperti text, toggle, checkbox, radiobutton, range dan select.

Setiap satu elemen input ini sesuai digunakan dengan tujuan berbeza.

Contohnya, senarai pilihan negeri boleh dipaparkan menggunakan select. Bagi pilihan jantina, radiobutton atau toggle adalah pilihan terbaik. Maklumat berbentuk teks pula sesuai diterima menggunakan elemen text.

 

SOALAN

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

  1. Ubah saiz input teks supaya memenuhi lebar paparan skrin
  2. Tambahkan dua lagi pilihan untuk radiobutton
  3. Masukkan butang OK

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!