Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Inovasi anak peneroka untuk Felda

Dr. Husaini Omar (kanan) bersama  Dr. Norhisam Misron bergambar 2
Dr. Husaini Omar (kanan) bersama Dr. Norhisam Misron bergambar bersama mesin E-Cutter di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sejak awal lagi, rutin kerjanya sebagai anak peneroka tidak banyak berubah iaitu keluar ke ladang sawit dan membantu keluarga.

Keluarganya menjadi peneroka di Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor sejak 1978. Kepayahan hidup sebagai anak peneroka amat dirasai bukan kerana tidak menerima bantuan tetapi kerja-kerja mengurus ladang sawit memang banyak cabarannya.

“Keluarga saya menyertai tanah rancangan pada 1978 selama dalam lingkungan empat hingga lima tahun.

“Saya mula membantu keluarga ketika berumur lapan atau sembilan tahun. (Pada) masa itu saya tolong kutip buah sawit. Bila sudah darjah lima pada umur 11 tahun, saya menolong mengangkat dan tolak buah sawit menggunakan kereta sorong.

“Kerja ini memang berintensifkan buruh. Memang banyak guna tenaga dan kekuatan terutama kerja mencantas pelepah dan cantas buah sawit.

“Untuk pengetahun, saya tidak pernah berjaya potong pelepah kelapa sawit menggunakan sabit manual.

“Daripada situ saya rasa perlu ada alat yang boleh bantu untuk kerja mencantas pelepah dan buah sawit,” ujar Dr. Norhisam Misron.

Kepayahan itu bagaimanapun memberi pengajaran dan keinsafan kepadanya yang kini bergelar profesor di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Atas dasar rasa insaf akan kepayahan itu, Dr. Norhisam mula menjalankan penyelidikan bagaimana mencari jalan mengurangkan kepayahan bapanya yang menjadi peneroka yang ketika itu.

Katanya lagi, pada tahun 2007 beliau dipertemu dengan seorang penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Abdul Razak Jelani ketika menyertai Pameran Inovasi Reka Cipta dan Reka Bentuk Antarabangsa (ITEX) yang sedang membangunkan mesin cantas untuk memotong sawit.

Beliau bersama Abdul Razak mengambil masa lima tahun melakukan penyelidikan bagi menghasilkan E-Cutter.

“Ciri-cirinya yang kurang gegaran dan mampu mencapai aras tuaian sehingga 30 kaki (10 meter) merupakan faktor penting bagi menerokai dimensi baharu penuaian berteknologi pada masa akan datang,” kata Dr. Norhisam lagi.

Kata beliau, MPOB menghadapi masalah pada pokok sawit yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan penggunaan E-Cutter.

UPM bersama MPOB membangunkan E-Cutter bermula tahun 2009 dan mengambil masa selama lima tahun untuk mencapai tahap sekarang.

Inovasi yang dibangunkan dengan sinergi pintar itu selain penggunaannya mudah, ringkas dan lebih efisien, boleh digunakan sehingga berketinggian 10 meter (m) dan mempunyai sistem pungutan untuk meminimumkan kecederaan pada buah yang boleh menjejaskan kualiti minyak yang diproses.

Proses membangunkan inovasi berkenaan masih dilakukan kerana banyak lagi elemen yang perlu dipertingkat dan diperbaiki.

Kelebihan pemotong elektrik (e-cutter)

  •  Menggunakan sistem hibrid iaitu menggunakan enjin dan motor elektrik
  •  Kurang gegaran dan pengguna akan berasakan mesin ini lebih mantap.
  •  Disebabkan ia hanya menggunakan wayar elektrik sebagai menggantikan shaft, maka boleh laraskan panjangnya sehingga 30 kaki tinggi.
  •  Kos bagi mesin ini adalah dalam lingkungan RM2,000 hingga RM3,500 sebuah bergantung kepada spesifikasi.
  •  Merupakan mesin pencantas elektrik yang digunakan untuk menuai buah dan mencantas pelepah sawit.
  •  Teknologi terkini yang menggabungkan konsep pacuan kuasa elektrik dan mekanikal bagi menggerakkan alat pemotong yang dipasang di hujung galah komposit.
  •  Dibangunkan oleh penyelidik UPM dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan melibatkan 20 paten hasil kerjasama itu.
  •  Ciri-cirinya yang kurang gegaran mampu mencapai aras tuaian sehingga 10 meter merupakan faktor penting bagi menerokai dimensi baharu penuaian berteknologi tinggi pada masa akan datang
  •  Kos penyelengaraan dijangka rendah kerana kurangnya komponen mekanikal yang mudah rosak
  •  Penggunaan yang mudah dan ringkas dan hanya menggunakan galah yang sedia ada di pasaran.
  •  Dijangka dapat mempercepat proses penuaian sawit, sekali gus dapat meningkatkan hasil tuaian dan mengurangkan tenaga buruh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain