Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Login menggunakan PHP

PELAJAR dari Shah Alam  mengikuti bengkel Game Salad.
PELAJAR dari Shah Alam mengikuti bengkel Game Salad.

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner kali ini. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan PHP bahagian ketujuh. Kali ini, kita akan belajar bagaimana membina laman login ringkas.

Dalam sesebuah laman web, sistem login digunakan bagi membolehkan pengguna berdaftar untuk mengakses ruang admin. Pengguna perlu memasukkan username dan password yang kemudian akan disemak dengan pangkalan data.

Jika pasangan username dan password yang dimasukkan adalah berpadanan dengan maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data, pengguna tadi akan dibawa ke ruang admin. Jika tidak, pengguna akan dibawa semula ke ruangan login.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Semakan

Melalui latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah borang login yang memerlukan pengunjung memasukkan username dan password sebelum diberi akses ke ruang admin menggunakan Superglobal.

Apabila butang submit ditekan, maklumat tadi dihantar kembali kepada fail yang sama melalui arahan $_SERVER[‘PHP_SELF’] dalam tag <form>.

Apabila maklumat diterima, kod atur cara syarat If diguna untuk menyemak adakah maklumat yang diterima sama seperti yang disimpan.

Bagi kemudahan latihan, nilai username dan password dituliskan terus ke dalam fail yang sama.

Namun di dalam sistem sebenar, nilai username dan password akan disimpan dalam pangkalan data berkeselamatan tinggi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain