Terdapat beberapa kaedah yang sering diguna untuk memanggil data luar seperti JSON. Menggunakan kaedah tersebut, data diterima dalam bentuk sebaris teks yang panjang. Namun untuk latihan kali ini, kita akan menggunakan kaedah yang diguna oleh semua laman web.

Kaedah http boleh diterima oleh semua peranti digital yang berhubung melalui Internet.

Kaedah ini menjadikan aplikasi anda cukup fleksibel untuk menerima data walaupun dari komputer pelayan era 1970-an.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Seperti latihan Genius Corner siri 83 yang terdahulu, segala hubungan komunikasi dengan dunia luar akan diurus oleh kelas AsyncTask.
Namun melalui latihan kali ini, kelas AsyncTask digabungkan dengan kelas HttpUrlConnection.

Sebagai langkah keselamatan, operasi http hanya boleh dijalankan melalui fungsi try-and-catch.

Jika berjaya, data yang dipanggil akan dipapar.

Jika gagal, mesej error akan direkodkan dan dipapar kepada pengguna berbanding paparan putih yang kosong.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Masukkan kod atur cara semakan Internet dari Genius Corner siri 87 2Tambah permission dari Genius Corner siri 87 3Panggil data dari laman web pilihan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www. farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan.

Selamat mencuba!