Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

HTML5 mudah dipelajari

Langkah 3: Save hasil kerja anda tadi dengan nama canvas.html 4
Langkah 3: Save hasil kerja anda tadi dengan nama canvas.html ke dalam folder Genius Corner.

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca budiman. Seperti yang telah dinyatakan pada minggu lepas, ruangan Genius Corner akan menampilkan kod atur cara ringkas secara percuma, yang merangkumi bahasa pengaturcaraan HTML5, JavaScript, PHP dan juga Scratch.

Pada minggu ini, kita akan berkenalan pula dengan bahasa pengaturcaraan HTML5. Mula diperkenal pada Disember 2012, ia merupakan versi kelima bahasa pengaturcaraan HTML yang digunakan bagi memaparkan maklumat menerusi laman sesawang.

Melalui sintaks yang serba ringkas, HTML mudah dikuasai oleh sesiapa sahaja dalam tempoh beberapa jam, walaupun tanpa sebarang pengalaman pengaturcaraan. Malah, elemen baru seperti <canvas>, <header> dan <video> menjadikan proses pembangunan laman sesawang lebih ringkas.

Pengaturcara tidak perlu lagi menggunakan fail sokongan Java Script yang panjang berjela kerana kebanyakan fungsi antara muka seperti animasi, pemetaan dan sebagainya telah tersedia di dalam fungsi dalaman HTML5.

Perlu diingatkan, setiap bahasa pengaturcaraan yang dikongsikan menerusi ruangan ini tidak memerlukan sebarang installer. Setiap satunya boleh dibangunkan menggunakan mana-mana teks editor kegemaran anda, malah tiada kekangan system pengoperasian, menggunakan memori yang sedikit, dan boleh dikumpil secara dalam talian (online) menggunakan mana-mana pelayar web.

Pada minggu ini, kita akan mempelajari kaedah melukis imej menggunakan elemen <canvas>.

Tahniah! Anda telah menghasilkan laman sesawang pertama anda. Mudahkan?

Setiap dokumen HTML akan dimulakan dengan <!DOCTYPE html>. Tag ini akan memberitahu pelayar bahawa fail ini adalah fail HTML5. Tanpanya, anda tidak akan dapat menggunakan fungsi terbina dalam khusus kepada HTML5.

Seterusnya, dokumen anda mempunyai <html> yang berfungsi seperti pagar atau sempadan. Hanya sintaks yang terletak di antara <html> dan </html> akan diproses. Setiap tag HTML mempunyai pembuka dan penutup seperti yang kita lihat tadi, iaitu <html> dan </html>.

Tag <html> mempunyai dua subelemen utama iaitu <head> dan <body>. <head> biasanya diguna untuk memanggil fungsi terbina dalam, librari JavaScript dan kemasan CSS. <body> pula merupakan elemen paparan umum. Segala tag yang ditulis di dalam lingkungan <body> dan </body> akan dipapar menerusi pelayar.

Elemen <canvas> yang kita gunakan tadi berfungsi sebagai kanvas untuk anda melukis. Sama seperti kertas lukisan atau papan hitam di bilik darjah sekolah anda.Elemen <script> tadi pula diguna untuk melukis elips atau bulatan di dalam ruang sempa dan kanvas tadi.

Sebelum kami akhiri ruangan minggu ini, cuba gantikan elemen <script> di dalam fail anda tadi kepada kod berikut. Apakah hasilnya?

Jika anda mempunyai sebagai pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga kita bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain