Mungkin baharu di negara ini, penggunaan teknologi hologram mula mendapat tempat dalam persada dunia perubatan dan kesihatan, namun sebelum ini, teknologi itu telah digunakan secara meluaskan di negara ini dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan hiburan.

Pernahkah anda menonton filem Iron Man? Menerusi filem tersebut, banyak bahagian menggunakan teknologi hologram yang dikatakan merupakan teknologi terkini yang diguna pakai dalam menghasilkan visual yang memberi kesan tiga dimensi (3D).

Ramai yang mengetahui tentang teknologi hologram dalam penghasilan filem, namun keupayaan hologram kini lebih menyeluruh termasuk dalam konteks kesihatan.

Teknologi tersebut yang semakin berkembang membolehkan sebuah syarikat di Amerika Syarikat mencipta gelang hologram sebagai alternatif didakwa membantu orang ramai untuk kembali hidup sihat dan bertenaga.

Di Amerika Syarikat mahupun Korea, teknologi gelang hologram digunakan bagi mereka yang terlibat dalam bidang sukan kerana mendakwa memberikan tenaga secara semula jadi agar mereka kekal sihat dan cergas.

Ketua Pegawai Eksekutif 8ightplus Malaysia, Datuk Kamil Mokhtar memberitahu, kecanggihan teknologi gelang tangan hologram dari Amerika Syarikat kini digunakan secara meluas di Korea sejak 2015 bagi meningkatkan daya ketahanan badan ke tahap maksimum.

Katanya, hologram merupakan produk daripada teknologi holografi yang merujuk kepada imej atau imej yang dibuat daripada tiga dimensi yang menggunakan kesan gangguan dua pancaran laser yang mana pola gangguannya disimpan.

Beliau mendakwa, gelang hologram pertama di Malaysia itu bertindak seperti akuapuntur tanpa jarum untuk mengaktifkan sel-sel darah merah dan putih bagi membantu penjagaan kesihatan pengguna daripada pelbagai penyakit.

sistem imunasasi

“Sel-sel darah putih akan bertindak mencari beberapa masalah di dalam badan yang memberi kestabilan dalam sistem imunisasi dan ini dipercayai dapat meningkatkan tahap metabolisme dan daya tahan seseorang.

“Apabila menggunakan gelang hologram ini, sistem imunisasi boleh menjadi semakin kuat serta pada masa sama, menjadikan badan lebih kuat dan sihat,” dakwanya.

8ightplus diasaskan pada 2013 dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui produk inovatif berdasarkan penyelidikan sains dan teknologi.

Produk gelang hologram itu turut mendapat kerjasama sains kesihatan dan perubatan tradisional Cina sebagai alternatif membantu menyelesaikan masalah kesihatan abad ke-21 berdasarkan sejarah 3,000 tahun dahulu.

Beliau tertarik untuk menjadi wakil tunggal untuk pasaran tempatan oleh syarikat pengeluar apabila merasai sendiri kelebihan produk itu terhadap kesihatannya.

Beliau yang menghidap penyakit kencing manis tahap empat sejak tujuh tahun lalu mendakwa berjaya mengekalkan bacaan gula dalam darah antara tujuh hingga lapan selepas menggunakan gelang hologram tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Justeru selepas melihat dan merasa sendiri keberkesanan, saya berasa yakin untuk memasarkannya di pasaran Malaysia.

“Malah sebelum ini doktor mengesahkan saya perlu dibedah kerana terdapat darah beku di kaki. Alhamdulillah selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya tidak perlu dibedah kerana tiada lagi darah beku. Kini, saya tidak berasa penat, mulut tidak lagi kering dan tidak perlu kerap ke tandas untuk membuang air kecil,” jelasnya.

Keajaiban hologram

Melalui dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, banyak kajian mula dilakukan oleh pakar terutama dalam bidang kesihatan.

Mungkin baharu di negara ini, penggunaan teknologi hologram mula mendapat tempat dalam persada dunia perubatan dan kesihatan, namun sebelum ini, teknologi itu telah digunakan secara meluaskan di Malaysia dalam pelbagai  bidang seperti perdagangan dan hiburan.

Kelebihan teknologi itu mula diperkata sejak kebelakangan ini sehingga membolehkan industri perubatan dan kesihatan berkembang dengan pantas di serata dunia.

Hologram merupakan teknologi hasil rekaan optik yang diperkenal oleh ahli fizik Hungary, Dennis Gabor pada akhir tahun 1940-an dan menerima Hadah Nobel (Fizik) pada 1971 melalui karya dalam penemuan serta pengembangan pada metod holografi.

Tidak berakhir di situ, beberapa ahli ilmuwan termasuk Yuri Denisyuk dan Dr. Stephen Benton turut mengembangkan teknologi itu antara tahun 1962 hingga 1968.

Yuri mengembangkan sebuah sistem laser yang dapat merakam objek secara tiga dimensi menggunakan gabungan emulsi dari Perak-Halida sebagai medium perakaman sementara teknik pelangi atau disebut rainbow hologram yang diperkenal oleh Stephen banyak digunakan dalam label produk.

Secara umumnya, hologram yang terhasil daripada teknologi holografi terbentuk dari gabungan dua cahaya yang koheren dan dalam bentuk mikroskopik.

Hologram memiliki pelbagai fungsi antaranya untuk menyimpan data.

Selain merakam gambar, hologram mampu menyimpan data pada kadar densiti tinggi ke dalam kristal atau fotopolimer.

Hologram juga dapat dijadikan aset keselamatan sekuriti kerana sekuriti hologram sangar sukar ditiru dan direplikasi memandangkan ia menggunakan teknologi yang tinggi, khas serta mahal.