iOS merupakan sistem pengoperasian peranti mudah alih yang diperkenal oleh Apple pada tahun 2007, khusus untuk peranti iPhone dan iPad. Seperti Android, iOS juga dibina secara khusus untuk telefon pintar.

Ketika itu, iPhone diperkenal oleh Steve Jobs sebagai kaedah menyediakan sebuah peranti yang mampu dijadikan pilihan terhadap penggunaan netbook. Secara tidak langsung juga, iPhone telah membuka langkah kepada Apple untuk menceburi industri telekomunikasi.

Setiap aplikasi yang dibina oleh pengatur cara akan dimuat naik ke App Store. Menerusi kaedah ini, App Store bertindak seperti pasar tani, iaitu peniaga dan pembeli berkumpul di tempat yang sama.

Konsep ini memudahkan semua pihak termasuklah bank tempatan yang menguruskan transaksi kewangan jual beli.

Sehingga bulan Januari 2017, terdapat 2.2 juta aplikasi di Apple App Store, sejuta daripadanya dibina khusus untuk iPad. Sejak 2007, aplikasi di App Store telah dimuat turun sebanyak 130 bilion kali.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini. Penting diingatkan bahawa pengaturcaraan iOS hanya boleh dibuat melalui komputer Apple seperti Macbook atau iMac.

Semakan

Fail ViewController seperti kod atur cara tadi, digunakan untuk menulis kod atur cara yang digunakan untuk mengawal fungsi aplikasi, dan digunakan sebagai perantara aplikasi dan peranti sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan perkakasan seperti kamera, Internet dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Projek Xcode dibina dengan konsep MVC (Model View Controller) yang membolehkan beberapa pengatur cara bekerja serentak tanpa mengganggu tugas masing-masing. Konsep ini penting bagi mengasingkan kod atur cara paparan hadapan, servis, pangkalan data serta grafik.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Siapakah yang memperkenalkan iPhone kepada dunia

2. Nyatakan tujuan asal iPhone

3. Apakah nama fail utama yang digunakan untuk pengaturcaraan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba