Android merupakan sistem pengoperasian peranti mudah alih yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2007 secara percuma dan open-source. Dengan ini, Android merupakan pilihan kebanyakan pengilang telefon pintar serta pengaturcara.

Android dibina menggunakan Linux, manakala aplikasi yang ditulis oleh pengaturcara pula menggunakan bahasa Java. Salah satu kehebatan Android ialah, ia boleh digunakan sebagai sistem pengoperasian telefon pintar, jam pintar, televisyen pintar serta kereta.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam latihan tadi, kita telah memuat turun serta install aplikasi Android Studio yang bakal digunakan untuk membina projek Android bagi artikel Genius Corner pada tahun ini. Seterusnya, kita telah membina projek Android yang pertama bernama Hello World. D alam projek Android, terdapat tiga fail utama yang wajib dikenalpasti oleh pengaturcara iaitu MainActivity.java, activity_main.xml serta

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Berikan nama fail utama yang wajib diketahui semua pengaturcara Android

2. Nyatakan fungsi activity_main.xml

3. Apakah yang dimaksudkan dengan MVC

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!