Dalam artikel Genius Corner siri ke-31, kita telah pelajari kaedah menghantar e-mel menggunakan Java. Dalam latihan terbabit, kita telah menggabungkan beberapa library Java untuk melakukan proses ini. Namun, PHP hanya memerlukan method mail() sahaja untuk menjalankan proses tersebut. Menggunakan kod atur cara dalam latihan ini, pengurus laman web anda kini boleh menghantar e-mel kepada pengunjung dengan mudah. Hanya sedikit kod atur cara perlu ditambah untuk membolehkan pengunjung menghantar e-mel secara berkumpulan.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Semakan

Menerusi latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah fungsi yang membolehkan pengurus laman sesawang menghantar e-mel kepada pengunjung tanpa menggunakan akaun e-mel syarikat ataupun akaun e-mel dalam talian.

Pemboleh ubah $to digunakan untuk menyimpan alamat e-mel penerima, manakala pemboleh ubah $header digunakan untuk menyimpan alamat e-mel pengirim. Seterusnya, pemboleh ubah $subject diguna untuk menyimpan tajuk e-mel.

Akhir sekali, pemboleh ubah $message digunakan untuk menyimpan sebarang maklumat yang ingin dikirimkan melalui e-mel terbabit.

Setelah lengkap, kesemua pemboleh ubah tadi dimasukkan ke dalam fungsi mail() untuk diproses dan dihantar.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Ubah alamat e-mel pengirim kepada alamat e-mel anda

2. Ubah alamat e-mel penerima kepada alamat e-mel rakan baik anda

3. Tambahkan gelung for bagi menghantar e-mel kepada tiga orang penerima.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-mel kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!