Elemen GridView digunakan untuk memaparkan data atau imej di dalam kekisi dua dimensi (baris dan lajur).

Item yang dipaparkan tidak semestinya memiliki dimensi tinggi dan lebar yang sama, serta dimasukkan secara automatik ke dalam senarai menggunakan elemen ListAdapter.

Elemen ListView (Genius Corner siri ke-55) dan GridView merupakan sub-kelas AdapterView dan boleh dipopulasi secara automatik menggunakan subkelas Adapter.

Subkelas ini memanggil data daripada sumber luar lalu menghasilkan objek View yang mewakili setiap kemasukan data.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Latihan

Langkah 1: Buka aplikasi Android Studio dan pilih Start a new Android Studio project, kemudian namakan projek anda sebagai myGrid.

Langkah 2: Pilih Empty Activity sebagai template projek kali ini.

Langkah 3: Tuliskan kod atur cara berikut di dalam fail MainActivity.java.

Langkah 4: Tuliskan kod aturcara berikut di dalam fail activity_main.xml

Langkah 6: 
Sambungkan telefon Android anda kepada komputer dan klik butang Run berwarna hijau di Android Studio untuk melihat hasil kerja anda pada peranti Android

Semakan

Dalam projek tadi, kita telah diperkenalkan dengan elemen baru GridView yang memaparkan data dalam bentuk kekisi (grid).

Elemen ini digunakan untuk memaparkan item maklumat atau imej menggunakan baris dan lajur, sama seperti sebuah jadual.

Paparan elemen ini dikawal sepenuhnya melalui fail activity_main. Antara kawalan penting elemen GridView ini termasuklah columnWidth, gravity, horizontalSpacing, numColumns, stretchMode dan verticalSpacing.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

  1. Tambah item di dalam array list
  2. Jadikan item dalam baris kepada 10
  3. Ubah gravity supaya semua item tersusun ke sebelah kiri, berbanding tengah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!