Dalam sesebuah games, graviti merupakan salah satu elemen penting yang memberikan personaliti dan keseronokan kepada games tersebut. Antara permainan video yang menggunakan konsep ini dengan menyeluruh ialah Angry Birds.

Melalui permainan video Angry Birds, pemain perlu membidik burung yang akan dilepaskan dengan tepat, menggunakan asas ilmu fizik yang mereka ketahui berkenaan graviti, halaju, arah, ketinggian dan sebagainya.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam kod atur cara Sprite1, blok atur cara kiri berfungsi membolehkan karekter melompat. Ia juga bertindak mengesan sama ada karekter berada di dalam lingkungan garisan berwarna jingga dan hitam, serta mengelak karekter dari melepasi kedua-dua garisan tersebut.

Blok atur cara di sebelah kanan atas membolehkan karekter bergerak ke kiri dan ke kanan manakala blok atur cara kanan di bawah pula berfungsi menukar kostum karekter sekiranya ia melakukan pergerakan ke kiri atau ke kanan sewaktu di udara.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Tambah garisan hitam di kiri dan kanan backdrop

2. Tambah tompokan warna berbeza di dalam ruang lingkup Sprite1

3. Hasilkan karekter kedua

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!