Selaku bahasa pengaturcaraan paling popular di dunia, Java menyediakan library grafik dua dimensi (2D) dan 3D yang sangat luas dan berdaya tinggi. Sukacita dimaklumkan, ruangan Java akan diganti dengan ruangan Java for Native Android bermula Januari tahun depan.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Semakan

Dalam kod aturcara tadi, kita telah menghasilkan aplikasi Java yang membolehkan pengguna melukis imej segi empat di dalam tetingkap yang disediakan. Ketika aplikasi mula dihidupkan, fungsi paint background () ditugaskan melukis latar tetingkap.

Seterusnya, tiga komponen utama iaitu fungsi make Rectangle(), paint () dan PaintSurface () dipanggil untuk melukis objek berbentuk segi empat setiap kali pengguna melukis menggunakan tetikus.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Semua segi empat dihasilkan dengan warna yang sama.

2. Besarkan ruangan tetingkap yang dihasilkan.

3. Gantikan segiempat dengan segitiga.

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma berkenaan pengaturcaraan Java, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!