Geolocation merupakan pengecaman atau penganggaran kedudukan geografi sesebuah objek secara nyata, menggunakan sumber dari radar, satelit, peranti mudah alih, atau terminal komputer yang dihubungkan dengan Internet.

Tidak dapat dinafikan, pengecaman lokasi merupakan salah satu fungsi wajib yang perlu ada dalam aplikasi mudah alih pada hari ini. Antara aplikasi yang menggunakan fungsi ini termasuklah Google Map, Samsung Health, Grab, Fitbit dan sebagainya.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Pada latihan kali ini, kita telah pelajari kaedan mendapatkan nilai kedudukan Latitude dan Longitude pengguna menggunakan library position. Bagi mendapatkan nilai yang tepat, arahan position.coords.latitude dan position.coords.logitude telah dipanggil.

Bagi menyediakan maklumat tadi ke dalam bentuk string yang difahami Android, kita telah gunakan arahan console.log.

Seterusnya, setiap maklumat tadi dipapar menggunakan fail index.html melalui objek div id=MyCtrl.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Tambah kod untuk mendapatkan nilai Altitude

2. Papar maklumat menggunakan <table>

3. Tetapkan warna latar berbeza untuk setiap lajur dan baris dalam <table>.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!