Menerusi latihan kali ini, kita akan membina aplikasi yang berhubungan terus ke Facebook menggunakan API.

Facebook merupakan laman media sosial terbesar di dunia dan paling popular di Malaysia.

Menurut kajian Facebook juga, pengguna Malaysia adalah paling aktif dalam laman tersebut berbanding negara lain, termasuklah Amerika Syarikat sendiri.

Facebook telah dilancarkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, bersama beberapa rakannya seperti Eduardo Saverin. Dalam masa beberapa bulan sahaja, populariti Facebook telah menenggelamkan semua laman sosial lain pada waktu itu seperti Friendster, Blogspot dan Myspace.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Tambah kod AdMob ke dalam projek ini

2. Tambah Header ke dalam projek ini

3. Tambah Splash page ke dalam projek ini

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Semakan

Dalam latihan kali ini, kita telah pelajari kaedan membina aplikasi Facebook kita sendiri. Walau agak sukar pada permulaan, segala langkah yang ditetapkan adalah penting bagi mengelakkan kebocoran data melalui aplikasi pihak ketiga.

Melalui plugin Facebook yang dimasukkan ke dalam kerangka projek, kita hanya perlu memanggil empat elemen utama bagi menggunakan fungsi Facebook iaitu FB.getLoginStatus, FB.login, FB.logout dan FB.api.