Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Class, Object dalam Java

Genius Corner Siri 7 Java

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari konsep Class dan Object dalam Java. Kedua-dua konsep ini merupakan asas utama dalam menguasai bahasa pengaturcaraan Java.

Jika dilihat dalam dunia nyata, objek boleh terdiri daripada bermacam-macam benda seperti kucing, cawan, tayar, awan, roti dan sebagainya. Setiap objek ini mempunyai sifat-sifat tertentu.

Jika diambil kira kucing sebagai objek, maka sifat umum kucing termasuklah mengiau, berbulu pendek, mempunyai misai, kuat tidur, mempunyai ekor, dan sebagainya.

Class pula boleh diibaratkan sebagai salinan klon sesebuah objek. Seperti contoh, pengatur cara telah menetapkan objek kucing, maka untuk menggunakan objek kucing kedua dalam kod atur cara, pengatur cara tidak perlu lagi menghasilkan objek kucing yang baru, tetapi cukup sekadar memanggil objek kucing pertama sebanyak dua kali.

Apabila berbicara mengenai Class, salah satu function atau method yang paling penting ialah constructor. Setiap Class wajib mempunyai constructor dan ia memiliki nama yang sama dengan Class.

Tanpa membuang masa, kita akan mulakan latihan untuk minggu ini.

Langkah 1: Layari laman web https://www.compilejava.net dan tulis kan kod aturcara berikut dalam rua

Langkah 1: Layari laman web https://www.compilejava.net dan tulis kan kod aturcara berikut dalam ruangan editor.
Langkah 2: Klik butang COMPILE & EXECUTE untuk melihat hasilnya.
Langkah 2: Klik butang COMPILE & EXECUTE untuk melihat hasilnya.

Apa yang anda lakukan sebentar tadi ialah menghasilkan objek bernama Cat (kucing) yang mempunyai sifat seperti nama dan umur. Kita menetapkan nama kucing sebagai Isaac dan umurnya sebagai dua tahun.

Class, Object dalam Java

Sesebuah class boleh memiliki salah satu atau kesemua dari tiga jenis pemboleh ubah. Pemboleh ubah pertama, atau Local Variable, didaftarkan dalam method seperti setAge() atau getAge() dalam kod atur cara tadi. Ia hanya boleh diguna dalam method, dan tidak boleh dicapai dari luar.

Pembolehubah kedua atau Instance Variables, didaftarkan dalam class, luar dari mana-mana method. Ia boleh diguna oleh Class dan juga semua method yang berada dalam Class.

Pemboleh ubah ketiga atau Class Variables, juga didaftarkan dalam Class, luar dari mana-mana method, tetapi tidak mempunyai awalan statik seperti int (integer) catAge dalam kod atur cara tadi. Awalan static diguna untuk pemboleh ubah yang memiliki nilai tetap. Contohnya, mata = 2 kerana semua kucing mempunyai dua mata, bukan tiga atau empat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain